Kawan-kawan kakcik

Khamis, 14 Mac 2019

Gelagat si kucing putih...

Waktu makcik sedang mengangkat pakaian di ampaian dia 'merengek-rengek' dan tunggu di muka pintu untuk masuk ke rumah.  Makcik bagi dia masuk tapi makcik memang tak rajin hendak melayannya.  Mungkin dia tercari-cari anak bujang makcik yang rajin mengusap dan melayan dia 'bersembang'. (Boleh tengok tak video yang makcik letak di sini?)

Dah dapat masuk, bukan main dia bergolek-golek

Buat-buat manja dan berpura-pura tidur.

Cantik sangatlah buat gaya macam tu.  Siap mengiau seolah-oleh suruh makcik tengok dan rakam gelagatnya.

Sudah lama juga si putih ini (suami makcik panggil dia PUTIH.  Chef Min panggil SNOWY.  Cucu makcik panggil GEBU.  Panggil apa pun dia tahu bahawa yang dipanggil itu adalah dia) tinggal di kawasan rumah makcik.  Beberapa kali tuannya cuba ambil tapi dia tak mahu balik.  Mungkin sebab dia ingin bebas dan tak mahu tinggal dalam sangkar.  Kami sediakan makanan kucing dan air untuknya.  Selalu ada kucing-kucing lain datang tumpang makan dan minum.

Mudah-mudahan mereka doakan kami murah rezeki dan dapat dikongsikan sedikit rezeki itu dengan mereka.  InsyaAllah.

5 ulasan:

  1. Putih Gebu ni rasa serasi dan selesa kat rumah Kakcik..itu yang tak nak balik rumah dia sendiri walau tuannya suruh balik..

    Aamiin.Dia ada cara doanya sendiri.Moga dia juga mendoakan Kakcik sekeluarga.

    BalasPadam
  2. ramai yg syg dia dlm rumah tu kakcik, sbb tu dia suka kot... ramai yg melayan dia...
    tuan dia nk amik pun takmo balik ye... mmg jenis kucing suka bersosial ni kakcik hehehhe

    BalasPadam
  3. Cantik bulunya KC.... memang gebu pun....Saya pun jennis malas nak melayan kucing hihi.... sekejap sekejap bolehlah hihi

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com