Kawan-kawan kakcik

Selasa, 13 November 2018

Tolonglah jaga adab bila melawat orang sakit...

Baru-baru ini makcik masuk wad di Hospital Ampang (kenapa makcik masuk wad, nanti makcik cerita kemudian).
 
Hari itu, hari Ahad.  Jadi waktu melawat di hospital Kerajaan memang panjang.  Dari 12.30 hingga 7.00 petang.  Kanak-kanak pun boleh masuk. 
 
Makcik ditempatkan di wad 6 katil (sebenarnya wad 4 katil, tetapi mungkin sebab bilangan pesakit makin ramai, jadi dua katil tambahan dimasukkan).  Sewaktu makcik masuk, hanya ada 4 pesakit termasuk makcik.
 
Apa yang terjadi pada waktu melawat?  Dua katil dihujung, didatangi pelawat 'macam satu kampung'.  Seorang pesakit Melayu dan seorang pesakit bukan Melayu.  Riuh jangan ceritalah...  Selain itu :
 
## dua katil kosong di tengah, dijadikan tempat duduk oleh 4 ke 5 orang (walaupun ada pagar, mereka turunkan pagar itu) setiap katil.
 
## siap makan satu bungkus besar kerepek sambil bersembang sakan (pelawat pesakit Melayu).  Di satu katil lagi ada gadis-gadis (bukan Melayu) bermain telefon bimbit dengan riang gembira sambil TERbaring-baring atas katil.
 
## wad ini wad wanita, tetapi pelawat lelaki (dah berusia pun, takkan tak boleh berfikir) duduk atas katil yang menghadap ke katil makcik.  Bukan boleh nak tarik langsir macam di hospital swasta.  Serba salah makcik yang sedang berbaring. 
 
Tolonglah... kata orang Melayu kaya budi bahasa.  Atau sebab hendak tunjuk sangat Ketuanan Melayu, jadi boleh buat apa sahaja?
 
Bila terjadi macam ini, makcik rasa hendak sahaja biar ada jururawat macam dulu-dulu yang garang dan 'tak peduli orang'.  Sembur je semuanya.  Tapi sekarang jururawat hanya mampu pandang.  Iyalah, silap-silap tegur nanti terkenal satu dunia pula ditularkan... 

ADAB MANA ADAB?

ADAB KAT MANA?

8 ulasan:

  1. Pernah mengalami situasi macam ni dulu

    BalasPadam
  2. aduh, betul tu kakcik geram kan... bkn tak blh nk melawat tp jaga la adab2nya... jgn la lama2 sgt atau bising2 smapai menganggu jiran2 lain... sbb tu masa dana msk ward thn lps tu dana tak harap sgt pun sapa2 lwt... sbb tak selesa kot.... biarla ahli keluarga je... lagi2 bila kita duk la bertampal sana sini

    BalasPadam
  3. Sebab itulah Mrs. A rasa sesiapa yang masuk hospital tu lebih baik jangan hebohkan satu kampung aka dalam grup famili sebab kita sakit ni masuk hospital nak berehat tapi kadang-kadang yang datang ziarah tu terlepas pandang bab-bab macam nilah.

    BalasPadam
  4. alahai...rasanya kalau sy kat sana pun mesti dah malu sakan dgn kelakuan diaorg ni..betul tu kak..kat mana adab mereka ni..

    BalasPadam
  5. Tak mustahil yang sakit bertambah sakit sebab menahan rasa geram melihat perangai pelawat yang datang.Sangat menyedihkan dan rasa ralat..

    BalasPadam
  6. Susahnya orang takde adab ni. Ni dengan orang sakit pun takde dah..

    BalasPadam
  7. Nak tegur mmg serba salahlah kan...., Jadinya kena letak notis amaran kat dindinglah gamaknya lepas ni .... Kalau tak faham jugak tak taulah.
    Dahlah sakit ye KC.... kanan kiri bising pulak tu tambahlah sakit jadinya

    BalasPadam
  8. memang selalu saya nampak setiap kali melawat di hospital, ada tu sampai boleh ambik kerusi dekat tempat kita pulak. kononnya nak pinjam sekejab bagi tetamu mereka duduk tapi lepas tu kerusi tu terus jadi hak mutlak tak reti nak pulangkan semula...hailaaaa

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com