Kawan-kawan kakcik

Selasa, 30 Oktober 2018

Keresahan seorang peniaga makanan secara kecil-kecilan...

...adalah untuk memastikan makanan yang dijual itu :

**  menepati selera pelanggan
**  tetap terjamin kualitinya, kebersihannya dan tidak basi bila tiba ke tangan pelanggan
** tidak menjadi sebab pelanggan sakit perut atau mmendapat alahan selepas makan makanan yang dipesan
**  pelanggan berpuas hati dengan nilai dibayar (walaupun bila makan di restoran harganya mungkin lebih mahal)



Bebola donut sebelum diletak sos (karamel atau coklat) mengikut kemahuan pelanggan.  Satu bekas berisi antara 15 ke 17 biji bebola mengikut saiz. Dulu makcik letak 20 biji tetapi saiznya kecil dan tidak penuh bekas pun (saiz bekas sama macam bekas lontong = saiz 1000).  Harganya RM7.00 sebekas untuk sos karamel dan coklat.  RM5.00 untuk yang bersalut gula halus.

LONTONG.  Masih RM5.00 sebekas yang mengandungi kuah, nasi impit, sambal garing dan telur rebus (sebiji jika kecil dan separuh jika telur bersaiz lebih besar).  Kuahnya ada sayur kubis, kacang panjang, lobak merah, tahu, tempe, fucuk dan suhun.

Antara tempahan pelanggan.  Setakat ini makcik, pakcik dan Chef Min (anak bujang makcik) pernah membuat penghantaran hingga ke Seremban.  Caj penghantaran memang dikenakan tetapi taklah mahal mana.  Kalau dikira balik, tak lepas pun duit minyak dan tol.  Tak mengapalah, rezeki Allah yang bagi.  Tak ikut sana, ikut sini...  Setakat ini, selain dari jiran-jiran dan kawan-kawan anak, makcik juga banyak menerima tempahan dari kawan-kawan blogger.  Makcik sangat terharu dengan sokongan yang mereka berikan.


Makcik juga sangat berharap untuk menerima komen-komen yang jujur.  Tak sedap, kata tak sedap.  Jadi makcik dan anak boleh buat penambahbaikan.  Makcik tak mahu 'syok sendiri'.  Konon sedap, tapi sebaliknya 'sekali pesan, orang dah tak mahu lagi' disebabkan rasa yang entah apa-apa...

Kalau ada yang ingin membuat tempahan (makcik dan pakcik akan hantar andainya jauh pun kalau tempahan itu agak banyak), boleh hubungi makcik di 012-2830569 (whatsapp sebab makcik jarang angkat panggilan dari nombor yang tiada dalam simpanan).

22 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf IM. Nak tekan balas, tertekan padam. Padah guna hp dengan mata rabun 😣. Kita mertua ni macam tu lah, nak minta dengan anak pun segan, apatah lagi nak minta dengan menantu...

      Padam
  2. donat tu menggoda lah kakcik... teringin nk cuba airtangan chef min n jugak kakcik... berapa minimum oder ye kakcik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak hantar dan biar berbaloi dengan caj penghantaran, lebih banyak lebih bagus. Hantar ke ofis Dana ke? 5 pun boleh...kot ada kawan-kawan nak ke...😊
      Boleh bincang.

      Padam
  3. favourite saya tuuu lontong. sedappp makan dengan kuah sambal kacang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni kami hanya buat sambal tumis garing, belum buat sambal kacang...😊

      Padam
  4. kegemaran saya lontong. Bila turun KL ,harap2 dapat rasa lontong kakcik kalau ada rezeki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah Cikgu. Bagitahulah nanti, jika ada rezeki kita pun dapat bertemu... :)

      Padam
  5. Donat ke...lontong ke...dua2 suka...geram tengok bebola donut tu kakcik..Ya Allah..limpahkan rezeki kakcik sekeluarga..permudahkan laluan perniagaan ini..luaskan pintu-pintu rezeki kakcik sekeluarga..dekatkan setiap rezekinya dengan keberkatan..

    BalasPadam
  6. sedapnya lontong. nak puaskan hati semua pelanggan memang susah. takpa yang penting kita buat yang terbaik. beri servis yg terbaik. Good luck kak. Semoga business lebih maju jaya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...cuba buat yang terbaik. Macam mana kita ingin makan sedap, maka begitu juga dengan pelanggan. Jangan kerana mengejar untung, makanan yang disediakan hanya seadanya... :)

      Terima kasih untuk doa.

      Padam
  7. nampak donat tu teringat anak-anak suka sangat makan donat..kalau dekat saya order dah donat sos coklat!

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum kakcik, lontong tu saya jarang buat sesekali kalau makan yang kakcik ni mesti sedap tapi nampaknya kena makan gambar saja lah huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Kakcik suka makan lontong. Dulu selalu beli, tapi bila dah selalu buat makan yang sendiri masak je... Sesekali makan yang di luar untuk membezakan rasa... :)

      Padam
  9. Betullah tu KC....sebagai peniaga mmg itulah yg kita risaukan. Takut takut tak memenuhi citarasa diaorangkan,tapi jangan risau KC kalau kita ikhlas dlm apa yg kita lakukan insyaallah Allah akan mudahkan urusan kita.

    Tengok donut KC tu teringat semalam donat moshi moshi kat Bakery Aeon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Risau tu tetap ada. Iyalah kadangkala kita rasa dah cukup sedap, tapi di tekak orang lain sebaliknya pula. Mudah-mudahan Allah permudahkan...

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com