Kawan-kawan kakcik

Khamis, 26 Julai 2018

Selama mana kita mampu menipu?...

Ikan gelama ikan kerapu
dimasak gulai dimakan bertiga
selama mana hendak menipu
akhirnya akan terdedah juga

Dimasak gulai dimakan bertiga
lebih seronok jika berempat
akhirnya akan terdedah juga
eloklah bertaubat sebelum terlambat

Lebih seronok jika berempat
bergelak ketawa di bawah cahaya
eloklah bertaubat sebelum terlambat
walaupun orang sukar percaya

Bergelak ketawa di bawah cahaya
bersukaria biar berpada
walaupun orang sukar percaya
kasih Ilahi sentiasa ada
 

 

7 ulasan:

  1. pantun menipu tahu pantun ikan senohong tu je

    BalasPadam
  2. pergi ke pasar membeli ikan
    ikan dibeli untuk disalai
    apakan daya hati terkilan
    walaupun benar tidak dipercayai

    BalasPadam
  3. Salam Kakcik,

    Deep sangat pantun ni sampai tak tahu nak komen apa. Eh, ke tak faham maksud pantun ni... Hahaha!

    BalasPadam
  4. Betul....bertaubat sebelum terlambat....sesiapa pun.....

    BalasPadam
  5. Orang menipu ni, selagi tak terkena tak kan bertaubat.

    BalasPadam
  6. lambat laun yang sebenar terserlah jua kan..

    BalasPadam
  7. suka menipu lama2 dia mencuri...huhu...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com