Melihat dia kembali sihat, adalah hadiah dari Allah buat mak dan ayah juga dirinya. |
Dari sekian banyak doa dan harapan yang kita mohon serta nantikan dari Allah SWT, kita tak akan pernah tahu bila ianya (doa dan harapan itu) akan menjadi kenyataan atau di makbulkan.
Kita selalu tidak sabar. Buat kebaikan, kita harapkan balasan kebaikan itu akan datang sekelip mata. Membaca kisah orang bersedekah dan mendapat 'pulangan' segera, kita pun cuba bersedekah sama dengan harapan akan dapat mendapat pulangan juga. Sedangkan Allah tidak pernah tidur atau terleka. Dia tahu apa yang kita perlu.
Sabar dan jangan berhenti berdoa serta berharap juga berusaha. Jangan juga lupa bila kita dapat apa yang kita mahu bahawa sebenarnya kita pernah meminta-minta. Ucapkan syukur atas rahmat dan nikmat yang dikurniakanNya.
Selepas lebihkurang 40 hari Bangcik menjalani pembedahan dan menderita kesakitan, akhirnya pada 25/4/2018, melalui ujian ultrasound di Hospital Ampang, tompokan cecair (yang tidak dipastikan sama ada darah, nanah atau entah apa) sebesar 7cm x 8cm di sekitar usus yang dipotong itu, SUDAH TIADA. AllahuAkbar!
Bayangkanlah seminggu sebelumnya dia mengelupur dan meraung kesakitan kerana sesuatu yang tidak diketahui bagaikan menusuk-nusuk di rusuk kiri dan perutnya. Muntah tanpa henti. Dihantar oleh Angah ke Wad Kecemasan Hospital Ampang (syukur Allah mengaturkan Angah balik sekejap pada hari Khamis itu sedangkan En. Suami di pejabat).
Ketika menjalani ujian imbasan, dikatakan tompokan cecair itu sudah menjadi keras di sekelilingnya. Hanya yang melalui situasi begini, tahu bagaimana risaunya hati seorang ibu. Apakah? Apakah? Apakah?
Sewaktu keluar dari wad di Hospital Ampang dua minggu sebelumnya, Bangcik dibekalkan dengan antibiotik yang perlu ditelan 2 dan 3 kali sehari (berjumlah 14 biji sehari). Sepanjang tempoh itu, walaupun dia sudah boleh keluar ke pusat membeli belah, tetap juga muntah-muntah 2 hingga 3 kali sehari. Sehari sebelum masuk semula ke wad pada 24/4/2018, antibiotiknya habis. Setelah tidak menelan antibiotik, dia tidak lagi muntah atau cirit-birit.
Menunggu keputusan ultrasound, bagai menunggu hukuman mati dijatuhkan. Doa dan harapan tak pernah berhenti. Bukan hanya mak, ayah juga tak senang hati. Akhirnya, keputusan dikeluarkan. Allah Ya Allah. Tompokan itu sudah tiada lagi. Hanya ada sedikit (sangat sedikit kata doktor) tompokan di bawah kulit bekas pembedahan itu. Mudah-mudahan yang itu juga akan hilang segera. Insya Allah.
Temujanji akan datang dengan Pakar Pembedahan Hospital Ampang awal Julai nanti. Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik dan pulih sepenuhnya dari sebarang kasakitan buat Bangcik dan juga adik-beradiknya yang lain.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
Kepada semua yang turut mendoakan sama ada secara langsung atau tidak langsung buat Bangcik selama ini, hanya Allah juga yang dapat membalasnya. Semoga kalian juga dirahmati dan dikurniakan kesihatan yang baik. Tidak terhingga ucapan terima kasih dari kami buat anda semua...
ameen, alhamdulillah
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamSemoga cepat sembuhnya.
Alhamdulillah semoga anakanda sembuh sepenuhnya
BalasPadamalhamdulillah.
BalasPadamTerima kasih ya Allah. Lega nya baca. saya dah lalui situasi ini, semoga segala kebaikan dikurniakan buat kakcik sekeluarga
Allahu.Syukur..syukur..syukur..alhamdulillah.Moga terus sihat.Amin.
BalasPadamassalamualaikum kakcik...syukur2 alhamdullilah...
BalasPadam** Mama Maszull
moga cepat sembuh sepenuh nya ...
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamMoga cepat sembuh dan kembali dapat menjalani rutin harian hendakNYA.
alhamdulillah
BalasPadamsyukur
Alhamdulilah....
BalasPadamMau tidak KC ... saya dapat merasakan kelegaan KC tu bila dapat tau result usus Bangcik dah ok. Yelah dengan keadaan Bangcik kejap ok kejap kena masuk sepital, saya yg mendengonya pun ngeri. Moga Bangcik semakin sihat ye