Kawan-kawan kakcik

Khamis, 8 Mac 2018

Ujian buat kita...

...dalam dunia yang luas terbuka
timbullah cerita demi cerita
berita demi berita
ada suka ada duka

kita yang mulanya tak tahu apa-apa
tiba-tiba ikut teruja
menjadi hakim tanpa perlu diiktiraf sesiapa 
mengadili dan menghukum sesedap rasa

masalah sendiri tidak terungkai
masalah orang hendak diselesai
tiba-tiba diri terasa pandai
walau sebenarnya tak tahu pucuk pangkal

sibuk dengan hal orang
hal sendiri tertinggal di belakang
sesama sendiri mula berperang
orang yang dibela atau dikutuk sedikit tak pandang

sudah-sudahlah menghakimi
kita juga ada cerita tersendiri
kita tidak semaksum Nabi
banyak lagi perlu diperbaiki...

2 ulasan:

  1. Jagalah keaiban diri..jangan suka buka keaiban orang. Jagalah diri sendiri jangan suka sibuk hal orang. Kan..

    BalasPadam
  2. Betul la kakcik...sebenarnya apa yang kita lihat dan dengar itu ujian...ringan mulut jadi dosa..pantas jemari terjebak sama..moga kita sentiasa terhindar.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com