Anakku 'menginap' di hospital selama 11 hari (ikut bil 9 hari). Aku dan suami sudah mula bimbang bila diberitahu oleh bahagian pengebilan bahawa jumlah yang dikenakan sudah melebihi had insurans yang layak. Anakku ini masuk hospital dengan menggunakan kemudahan insurans yang disediakan oleh syarikat tempat suamiku bertugas. Kadar kelayakan 'pesakit dalam/rawatan pakar' hanya RM35,000.00 setahun bagi pekerja dan tanggungan. (Syukur ke hadrat Ilahi kerana anakku yang kedua bekerja di syarikat yang sama dengan bapanya, jadi aku dan bapanya boleh 'menumpang' insurans yang diperuntukkan buatnya).
Anakku yang ini ada sejarah pembedahan jantung sewaktu usianya 7 hari. Bukan jantung berlubang, tapi saluran jantung yang tidak berada pada tempat yang sepatutnya. Atas alasan itu, tiada syarikat insurans yang mahu menerimanya sebagai pemegang polisi. Sudah buat surat akuan dari Institut Jantung Negara pun, tiada syarikat insurans yang sudi menerima.
Aku suarakan kegelisahanku kepada doktor yang merawat. Jururawat-jururawat juga menyuarakan kebimbangan mereka. Jumlah bil sudah meningkat kepada RM34,000.00, sedangkan pihak insuran syarikat memberi amaran bahawa jumlah yang boleh digunakan kali ini tidak melebihi RM29,000.00! Rawatan sebelum ini telah menggunakan beza amaun yang ada. Kami memang tiada simpanan untuk saat kecemasan seperti ini. Suami terpaksa menebalkan muka memohon bantuan dari kawan-kawannya (benarlah bahawa kawan ketawa senang dicari....). Sedikit simpanan yang ada juga dikeluarkan sepenuhnya. Terima kasih kepada yang sudi membantu termasuk doktor pakar tersebut (Dr G. C. George) yang memberikan potongan harga (diskaun) atas perkhidmatannya (lebih RM1,000.00)
Lupa hendakku ceritakan, asalnya jumlah pembedahan ini dijangka hanya sekitar RM20,000.00 ke RM25,000.00 sahaja. Jadi memang cukup dengan had kelayakan insurans yang ada. Cuma tidak disangka, penginapan di hospital itu mengambil masa yang lama termasuk caj yang agak tinggi sewaktu di Unit Pemantauan Rapi.
Namun, bersangka baik dan bergantunglah sepenuhnya dengan Allah SWT. Dia akan beri apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. Bil keseluruhan akhirnya hanya lebihkurang RM30.000.00... Sekarang kami cuma perlu sediakan wang untuk rawatan susulan (follow up) memandangkan peruntukan pesakit luar juga sudah semakin susut.
15/3/2018 - ditolak ke bilik pembedahan |
17/3/2018 - masih lemah di wad biasa |
Selepas maknya lapkan badan dan bagi pakai pakaian biasa |
Berlatih berjalan pada jam 2.00 pagi kerana tak boleh lena. |
Luka yang masih mengeluarkan cecair sehingga kini |
Buat masa ini, anakku terpaksa menangguhkan pengajian peringkat ijazahnya untuk satu semester berikutan keadaan kesihatannya tidak membolehkan dia bergerak lasak ke sana sini...
Moga dipermudahkan segalan kak cik sekeluarga dan moga Allah berikan kesembuhan buat si anak.
BalasPadamsabar kak chik, kita pun cuak kalau insurance dah sampai limit kan... tapi ada rezeki tuh nanti
BalasPadamAllah..kesiannya..SA ingat SA paling berat dugaan rupanya mak sekeluarga lagi berat dugaan...tabah ye mak..SA sekarang dalam proses nak apply Baitulmal untuk mak SA dapatkan rawatan dialysis.susah juga proses dia...
BalasPadamSubhanaAllah...entah kenapa...sebak rasa hati...sungguh2...pengorbanan ibu ayah....mahal.Bersyukur Allah hantar seorang Dr yang jernih hatinya...betul kakcik...teman ketawa tidak perlu dicari pun...asal kita ketawa terikutlah mereka...namun kawan yang mahu menyapu air mata kita...Allahu...moga anak kakcik segera sembuh...segera pulih luka pembedahan...
BalasPadamSemoga Allah permudahkan segalanya.
BalasPadamBertabah dengan ujian ini.
Alhamdulillah ... Allah bantu .... Cost perubatan mmg mahal sekarang kan KC. Takutlah... Moga anak KC cepat sembuh lepas ni ye.
BalasPadam