Kawan-kawan kakcik

Rabu, 28 Februari 2018

Limpahan Cahaya...

Bila berjumpa berilah salam
Tuturkan kata berhati-hati
Melihat cahaya menerangi malam
Lupa seketika resah di hati

Cahaya melimpah di hutan batu
Terang benderang kilau sinarnya
Jangan menjadi seperti kelkatu
Terpesona dek cahaya hilang sayapnya

Terang benderang kilau sinarnya
Dari batang, ranting dan dahan
Terpesona dek cahaya hilang sayapnya
Jatuh tersungkur hilang kemegahan

Dari batang, ranting dan dahan
Cantik dipandang berkali-kali
Jatuh tersungkur hilang kemegahan
Dipijak hancur tiada yang peduli...

9 ulasan:

  1. Jadilah umpama kunang kunang
    Cahayanya sentiasa dinanti
    Biar digelap malam nampak terang
    Tidak menyakiti tapi menyenangkan hati

    BalasPadam
  2. Bukan budak budak je suka tengok lampu yg cantik mcm ni ye KC, kita yg dah tua ni pun suka.... terang benderang sana sini, rasa hilang duka nestapa... eh! Hihi...

    BalasPadam
  3. Assalamulaikum. Cantiknya suasana tu.

    BalasPadam
  4. cantik nya lampu2
    dekat mana tu?

    BalasPadam
  5. Cantiknya rekaan bercahaya ni. Semakin kreatif until menarik pelancong. Bagus.

    BalasPadam
  6. apa kabar kakcik..semoga dalam lindunagna ALLAH jua..

    BalasPadam
  7. Saya juga suka tengok lampu berwarna warni...pernah pi kat I City saja..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com