Kawan-kawan kakcik

Khamis, 23 November 2017

Kau tak akan tahu...

tentang rindu seorang ibu...

walau wajahnya berkedut seribu
kelihatan pahit bagai hempedu
tiada garis senyum di situ
tanpa riak yang memberitahu

kau sangka dia berhati batu
isi hatimu dia tak ingin tahu
tak peduli dia akan resahmu
itulah sangkamu pada setiap detik berlalu

yang tak pernah kau tahu
sebenarnya dia rindu
hendak mendengar segala isi hatimu
ingin berkongsi setiap perasaanmu

tapi malangnya dia juga tidak tahu
bagaimana hendak mendekati jiwamu
setiap kali dia cuba bertanya padamu
kau jeling sambil berlalu

lalu ibumu menjadi beku
terlihat keras seperti batu
namun hatinya hancur seribu
merasa gagal menjadi yang terbaik buatmu

4 ulasan:

  1. Di mata ibu...sedewasa mana pun anak-anaknya...tetap seperti masih kecil dipandangannya...

    BalasPadam
  2. Anakanda sulung ni dah 17 tahun huwaaaa tahun depan akan keluar dari rumah... Akan jauh dari mata utk kali pertamanya..

    BalasPadam
  3. jom la join n meriahkan GA kt sni

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
  4. Anak2 kadang2 tak dapat membaca isi hati kita

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com