Kawan-kawan kakcik

Khamis, 28 September 2017

Sekeping nota misteri...


Sudah seminggu blog ini tiada catatan baru,  Bukan tiada cerita, tapi entahlah.  Kena ditimbang-timbangkan mana yang sesuai mana yang tidak untuk dikongsikan.  Ada kisah kereta kena 'sondol', tapi yang menyondol berdolak-dalik hendak membayar gantirugi.  Ada kisah nota misteri.  Ada kisah cucu masuk wad... hmmmm...selagi hidup, mesti ada kisahnya...

Hendak cerita tentang apa ya?  Mari kita berseloka tentang NOTA MISTERI ini...



Sekeping nota misteri
nampaknya ditulis orang 'berbudi'
ada Salam diberi
serta ucapan TK di akhir sekali

yang menjadi masalah
di situ nama suamiku terserlah
lalu orang yang menerima terus melatah
sangkanya suamiku yang punya helah

lalu sipenerima pun bertanya
kepada anak sulungku nota ini ditunjukkannya
'adakah ini ayahmu punya kerja?'
'kenapa dia tidak berterus-terang sahaja?'

sudah tentulah kami tiada akan mengaku
kerana ini bukannya kami punya perilaku
tapi kalau ditanya kepada aku
pasti lain gaya pembacaanku

aku baca ayatnya begini gaya:
'belakang pondok En Mustapa'
bukan bermaksud nota ditulis oleh Mustapa
namun penerima lain cara bacanya

dia anggap perkataan En Mustapa itu
sebagai tandatangan yang jitu
lalu En Mustapalah sasaran dituju
sedangkan beliau langsung tak tahu menahu

Apa-apa sahajalah jiran-jiranku
hendak cari gaduh, carilah olehmu
kami senyap walau kereta diletak hadapan pintu
malas melayan sikap kebudak-budakanmu

hidup berjiran, tolak ansur kena ada
kerana mereka lebih dekat dari saudara-mara
bila kita sengaja mencari sengketa
ke mana pergi orang tak suka

WallahuAklam.





11 ulasan:

  1. Betullah KC...selagi kita hidup mmg banyak kisahnya.....
    Biasalah....hidup berjiran mmg kena bertolak ansur. Nasiblah jiran sebelah saya ni Cina, sebelah lagi hujung minggu je dia datang hihi...jadinya tak berapa banyak kisahlah kan....

    BalasPadam
  2. aduhai nota apa nie... penuh dengan misteri yang tersirat

    BalasPadam
  3. ermmm... jiran sekarang tak macam jiran zaman dulu.. dkna sendiri tak kenal jiran hahahaaa.. lagi-lagi kalau rumah atas langit (apartment)

    BalasPadam
  4. Betul tu.
    belakang pondok En. Mustafa.
    Baru ada full stop

    BalasPadam
  5. Sekali baca pun dah jelas belakang pondok En Mustapa kak....tapi orang kak...ada sahaja yang tidak kena...silap kita jelas sahaja..salah sendiri buat-buat buta...

    BalasPadam
  6. Si penulis highlight En Mustafa mungkin untuk si pembaca peka tapi lain pula jadinya...

    BalasPadam
  7. lain orang yg baca lain penerimaannya...
    kadang tu saya pun selalu kena jugak...dalam blog saya sampaikan lain, tapi org komen lain...maksudnya sama ada dia tak faham atau saya yang tulis kurang jelas...hahaha...

    BalasPadam
  8. sekarang, saiz tanah makin lama makin mengecil barangkali. tapi nafsu kita pulak makin tinggi. renovate rumah besar2 (rumah teres biasanya) tapi kereta tetap nak parking luar rumah. yang rumah bertingkat pun lebih kurang je gayanya.

    apa pun, buat nota macam ni adalah dari jenis orang yang takde keberanian untuk bersemuka.

    BalasPadam
  9. Marah sangat dapat surta cinta la tu... sampai salah pengertian...
    Baca sekali pun boleh tau bukan en mustafa yg tulis..

    Kalau dapat jiran yg tak prihatin, parking boleh muat 3 kereta susun, dia pi park tengah2.. jadi muat kereta dia je la sebijik.... sebab nak berjiran lama.. sabar je la...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com