Kawan-kawan kakcik

Selasa, 4 Julai 2017

Ibarat rumah lama dicat baru...

'Ibarat rumah lama dicat baru, nampak cantiklah walaupun sebenarnya dah reput',  itulah kata-kata En Suami (yang disambut dengan gelak ketawa kerana tahu dan faham sikapnya yang suka bergurau) bila ada yang mengatakan wajahku nampak muda dan berbeza selepas disolek oleh anak saudaraku (perempuan berusia 19 tahun).

Wajahku yang hanya beroleskan
sedikit gincu bibir

Wajahku di 1 Syawal selepas
disolek oleh anak saudaraku

8 Syawal - juga selepas disolek.  Nampaklah muda sedikit, kan?
Tidaklah seperti selalunya orang cakap aku nampak lebih tua
dari En Suami walaupun dia lebih tua dariku (setahun setengah
saja pun bezanya...hahaha)

Setiap yang baru pastinya akan menjadi lama seiring anjakan masa. Disolek bagaimanapun, kematian tetap akan mendekati kita. Jangan terpedaya dengan hati dan nafsu yang sentiasa ingin muda, sedangkan masa untuk kita setiap detik kian singkat langkah ke sana...

15 ulasan:

  1. Bersolek atau tidak akak tetap ada seri tersendiri..berseri dek solekan itu seketika..tetapi berseri dihati itu yang kekal..dan mahal...akak tetap berseri dihati suami dan anak-anak...

    BalasPadam
  2. hehee..cantik mak make up light light ;)

    BalasPadam
  3. sesekali umah lama pun di cat baru time raya...
    sesekali di solek apa slhnya kn kakcik

    BalasPadam
  4. wajah yg jarang2 disolek terserlah kecantikannya bila sesekali kena solek
    berbanding yg bersolek 24 jam..walaupun bersolek hilang serinya ..

    BalasPadam
  5. sesekali mak melaram..terserlah cantiknya

    BalasPadam
  6. cantik la kak! konfiden kena letak tempat tertinggi. hheheehe..

    BalasPadam
  7. Amboi akak.

    Cantik...hihi...makin berseri gitu =)

    BalasPadam
  8. kemain berseri2 kakcik disolek. tak bersolek pun apa kurangnya. penyeri encik suami kan. :)

    BalasPadam
  9. Kakcik lawalah ....hampir tak kenal saya tau punyalah lawo. Kakcik muda muda dulu mesti ratu kebaya ek. Tulah pasal abg Sado tergoda tu...

    BalasPadam
  10. Sekali sekala bersolek kan..dah jadi suri rumah ni saya pun bersolek bila dan je. Haha.

    BalasPadam
  11. sporting betul kakcik melayan anak buah... hehehe...

    BalasPadam
  12. Sesekali bersolek mesti nampak lain kakcik

    BalasPadam
  13. Saya pun selalu kena marah dengan anak sebab muka yang kosong dan pucat. Bila tengok orang baya kita make up nampak ok ja tapi diri sendiri saja rasa malu sebab kulit muka pun dah kendur.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com