Kawan-kawan kakcik

Rabu, 31 Mei 2017

Ujian menguji kesabaran...

Ini kisah petang semalam.  Yang memandu adalah En Suami.  Aku hanya memerhati

Memandu perlahan untuk mendapatkan tempat letak kereta

Pada masa yang sama seorang lelaki menuju ke keretanya betul-betul di hadapan kita. Dia membuka kunci kereta dengan alat kawalan jauh.

Kita pun beri isyarat menandakan kita akan masuk ke ruang yang akan dikosongkannya. 

Dia buka pintu belakang keretanya Menjenguk-jenguk. Kemudian menutup pintu itu dan buka pula ruang menyimpan barang di belakang kereta. Jenguk-jenguk lagi. Tutup. Buka balik pintu belakang dan masukkan barang. Tutup pintu. Perlahan-lahan melangkah ke pintu bahagian pemandu. Buka pintu. Ketuk-ketuk kaki kanan ke atas jalan. Buat-buat hendak melangkah masuk. Tak jadi masuk. Ketuk-ketuk pula kaki kiri. Libas-libas sikit. Masuk ke tempat pemandu. Tutup pintu tak rapat. Rehat kejap. Tutup pintu rapat. Perlahan-lahan undurkan kereta. Baru jalan.

Semua pergerakannya adalah dengan sangat perlahan.

Sabar tak menunggu ?

Sabar . . .  Istighfar.

Aku pandang suami.  Dia senyum sahaja.  Aku kata padanya, 'Allah uji kita. Tengok kita sabar ke tidak. Bulan Ramadhan. Ujiannya lebih dari bulan-bulan lain. Jangan memaki. Sia-sia je puasa tu nanti'

Kami gelak sama-sama dan cuma geleng-gelengkan kepala...

6 ulasan:

  1. Allah nak bagi pahala kat mak dan ayah ;)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, masih ada kesabaran.
    Lulus ujian.

    BalasPadam
  3. redho je kan kakcik... kesian kt org mcmtu jns pentingkan diri...
    sbb kite nk parking situ kene lah sabar.... nsb kakcik ngn suami jns rilex je

    BalasPadam
  4. Sabar...sabar..sabar...betul tu kak...bulan Ramadhan dugaannya luar biasa kerana ganjarannya pun luarbiasa..PC selalu cakap dengan En Suami,,orang yang sabar akan sentiasa diuji kesabarannya kerana Allah nak naikkan darjat disisiNya..orang tak sabar Allah uji tapi sedikit kerana Allah tidak mahu tambah dosa padanya..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kakcik...mmg ada manusia yg menguji kesabaran kita mcm ni...sengaja melambat2kan nak buat kita bengang agaknya...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com