Kawan-kawan kakcik

Khamis, 1 Jun 2017

Resepi : ikan masak taucu dan bendi berlada...

Ini lauk yang aku masak beberapa hari lepas.
Ada yang minta resepinya di instagramku.
Ini lauk yang sangat mudah untuk disediakan.

Resepi ikan masak taucu :

Bahan-bahannya :

- beberapa potong ikan tenggiri (atau beberapa ekor ikan kerisi / ikan kembung) - digoreng
- 2 sudu makan taucu
- secawan air asam jawa
- halia / bawang merah / bawang putih (dihiris halus untuk bahan tumis)
- sebiji timun saiz sederhana (belah memanjang kepada 6 bahagian, buang bijinya dan potong serong)
- 10 biji cili hijau (belah dua tapi tak putus)
- sebiji bawang besar (hiris bulat)

Cara-caranya : 

- panaskan 3 sudu makan minyak masak dalam periuk @ kuali
- tumis halia / bawang merah / bawang putih hingga wangi
- masukkan taucu - kacau sebentar
- masukkan air asam jawa - kacau sebentar
- tambahkan dua cawan air - masak hingga menggelegak
- masukkan ikan goreng
- masukkan cili hijau / timun dan bawang besar
- kalau kurang kuah, boleh tambah air
- tak perlu tambah garam kerana ikan sudah dilumur garam kunyit sebelum digoreng dan taucu pun sudah masin.  Tapi kalau rasa kurang masin lagi, tambahlah garam secukup rasa dan juga sedikit gula (makcik masak tak guna ajinomoto dan yang sewaktu dengannya, jadi makcik letak sedikit gula)

*lauk ini tidak pedas, jadi bagi yang suka pedas mungkin boleh tambah cili api yang ditumbuk sewaktu menumis atau boleh dimakan dengan sambal belacan.


Resepi bendi berlada :

Bahan-bahannya :

- 10 hingga 15 bendi (apa penjodoh bilangan untuk bendi, ya?. Batang kot) dipotong serong (sebatang dipotong 2 atau 3)
-  10 tangkai cili kering **
-   3 biji bawang merah **
-   2 ulas bawang putih **
(yang bertanda ** dikisar bersama hingga halus)
-   2 keping asam gelugur (asam keping)
-  sedikit ikan bilis
-  garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :

- panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali
- tumis bahan kisar sehingga pecah minyak
- masukkan ikan bilis
- masukkan asam keping
- tambahkan sedikit air
- masukkan bendi
- tambah garam dan gula secukup rasa
- kaup balikkan sehingga bendi betul-betul masak
- siap



12 ulasan:

  1. mcm sedap je ikan masak taucu nii. tak pernah rasa lagi sblm ni.

    BalasPadam
  2. macam terliur je..
    jarang guna taucu ni..
    tapi sesekali makan org masak, memang sedap ni.

    BalasPadam
  3. Masak taucu feveret ensomi sya. Sayor bendi pulak feveret sya.klo kakcik jemput sya mkn kena masak nasi lebih ni 😄

    BalasPadam
  4. Bertambah selera kalau bersahur dgn ikan masak taucu tu kakcik..

    Selamat berpuasa dan beribadah di bulan ramadhan kak cik.

    BalasPadam
  5. terima kasih untuk resepi tu kak cik :)

    BalasPadam
  6. saya selalu juga masak bendi berlada tu..sebab suami suka sayur bendi..suka masak yang pedas-pedas ^_^

    Pengalaman JELITA Tentang Set Ramadhan Shaklee

    BalasPadam
  7. Saya mmg suka sangat lauk taucu.
    Smlm dah nak cari bendi di pasar tani, tapi bolehkan terlupa nak beli utk masak bendi berlada mcm kakcik... saya pandang jer bendi tu sambil pikir nak beli nak buat masak apa ya????
    Inilah penyakit saya sejak umur 50 tahun ni.... pelupa.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com