Kawan-kawan kakcik

Selasa, 23 Mei 2017

Berkelah mangga harum manis...

Tarikh : 21/05/2017 (Ahad)
Waktu : Selepas solat Asar (lebihkurang mulai jam 5.00 petang)
Tempat : Rumah Makchaq di Kg Merbau Sempak, Sg Buloh. 

Aku menerima undangan melalui whatsapp dari Makchaq untuk datang ke rumahnya.  Katanya dia baru balik dari Perlis dan ada membeli mangga harum manis untuk dimakan bersama kawan-kawan.

Jam 4.00 petang, aku dan suami keluar dari rumah dengan niat untuk menunaikan solat Asar di masjid berhampiran rumah Makchaq.  Kami tiba beberapa minit sebelum masuk waktu Asar. Selepas menunaikan kewajipan, kami menuju ke rumah Makchaq. Setibanya, kami lihat belum ada tetamu yang datang.  Kami berpusing-pusing dulu melihat rumah-rumah di kawasan tersebut. Kali kedua, terlihat Dato' Zaki (Pakchaq @ suami Makchaq) ada di hadapan rumah.  Beliau mempelawa kami masuk.

Dipendekkan kisah, ramai juga tetamu pada petang tersebut termasuk kenalan dan saudara mara Makchaq juga Pakchaq yang hadir.  Blogger yang datang selain aku adalah Aizamia dan Cikgu Akuzle bersama keluarga masing-masing.

Jom tengok gambar...

Ini bukan harum manis tetapi mangga pemberian kawan Pakchaq.

Harum manis yang telah dipotong oleh
blogger Aizamia dan suaminya.







Gigi siapa lebih cantik? 

Terasa besarnya aku bila bersebelahan dengan Aizamia ini.

Sudah lama juga aku tidak bertemu dengan Ayu.  Tapi
jarang bertemu bukan bermakna hubungan terputus begitu saja.


Bagi aku secara peribadi, yang benar-benar harum manis dalam pertemuan ini adalah ketinggian budi dan kerendahan hati Makchaq suami-isteri dan anak-anak serta menantu mereka.  Semua tetamu dilayan sama.  Pangkat dan gelaran bukan batasan persahabatan. Suami isteri ini lebih senang  dikenali dengan nama mereka dan panggilan mesra yang biasa sahaja.

Seperti yang pernah aku catatkan sebelum ini : Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan Dia berhak untuk mengambil balik apa yang telah diberiNya bila-bila masa sahaja.  Maka kebanggaan apa yang hendak kita tunjukkan sehingga meletakkan jurang sesama insan...

15 ulasan:

  1. seronok kan mak ..ukhwah baik sebegini .. alhamdulillah syukur.

    BalasPadam
  2. harum dan manisnya nilai persahabatan...tahniah..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..PC akan lebih menghargai dan menyenangi kalau orang itu berstatus tetapi lebih senang sepertinya biasa-biasa saja kak..berbanding dengan orang yang ada status..walhal kecil..tetapi mahu kita memberi layanan dan penghargaan lebih..benarlah..semua dengan izinNYA..bila2 masa juga boleh di ambil semula..
    Yang lebih harum dan manis itu ukhuwah sebenarnya..

    BalasPadam
  4. alhamdulillah... seronok bila rezeki di koongsi bersama... jd makin sedap rasanya

    BalasPadam
  5. Ya Allah, AS yang duduk sempadan dah dengan negeri asal harum manis pun tak dapat lagi merasa harum manis tahun ni..

    BalasPadam
  6. sedapnya harum manis. dah bertahun tak dpt rasa.

    BalasPadam
  7. bestnya dapat jumpa dan sembang dgn rakan blogger..
    Makanan pun best best...

    BalasPadam
  8. meriahnya berkelah.. seronok berkumpul ramai-ramai macam ni..
    harum manis tu la yang nampak paling sedap tu.. teringin.. hahaha

    BalasPadam
  9. Sedapnya. Meriah suasana bila jumpa rakan blogger kan.

    BalasPadam
  10. Bagusnya berpeluang berkumpul bersama-sama sahabat handai, ditambah nikmat rezeki dikongsi bersama. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  11. Nak ngences tenguk mangga yang dh siap potong tu.

    BalasPadam
  12. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai sambil menjamu harum manis. Tapi kalau tengok gambar ni Kakcik, bukan setakat harum manis aje yang tuan rumah sediakan. Kenyang dari siang bawa ke malam kalau macam ni punya jamuan ^_^

    BalasPadam
  13. Mula-mula kami tak terfikir pun yang Makchaq bukan sekadar jemput kami Kakcik. Bila dah sampai depan rumah Makchaq.. eeerrr.. segannya rasa tapi nasib baik kami sampai awal terus tuju belakang rumah.. ekekeke..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com