Kawan-kawan kakcik

Selasa, 18 April 2017

Tiba-tiba sakit mata...

Petang semalam (Isnin = 17/4/2017) sewaktu sedang
melipat pakaian, tiba-tiba aku rasa mata sebelah kiriku sakit dan
pedih. Ada juga rasa gatal.  Bila aku ambil gambar, dah nampak
macam buah mata kucing yang kelihatan bijinya!  Aku tinggal
bersendirian, hendak ke klinik pun tidak mampu.  Aku hantar
gambar di atas kepada suami, dia suruh aku gunakan ubat titis
mata kepunyaannya.  Sebelum itu aku sudah basuh mataku
berkali-kali tapi rasa makin bengkak pula...

Gambar hari ini (Selasa = 18/4/2017).
Sudah kurang bengkak, merah mahu pun rasa gatal dan pedih.
Alhamdulillah.  Ramai yang menasihatkan agar jangan digosok
mataku.  Memang aku tak gosok walaupun rasa gatal dan pedih.
Aku hanya titiskan ubat dan basuh berkali-kali dengan air paip
dan juga air sejuk yang aku tadah dari penapis air.  Sejuknya air
itu bagaikan air yang baru dikeluarkan dari peti dingin beku.
Walaupun agak pedih pada mulanya, ia sedikit sebanyak
melegakan rasa pedih dan gatal.

12 ulasan:

  1. masa yg hari isnin tu mcm nampak ada selaput kan kakcik...

    nsb lah dh kurang, kalau harini pedih lg... kene pg kenek tuh kakcik

    BalasPadam
  2. Saya pun ada waktu2 tu rasa sakit macam sengal kat mata. Orang cakap resdung. Adakalanya keluar air mata non stop tapi sembuh begitu saja. Get well soon ya Kak Cik.

    BalasPadam
  3. Kadang-kadang rasa gatal atau sakit tu datang serta merta kak..alhamdulillah nampak perubahan bila akak dah letak ubat titis...moga terus sembuh kak.

    BalasPadam
  4. mata masuk habuk tuh, tu yg jadi gatal dan radang tuh

    BalasPadam
  5. Tak pergi ke klinik ke, Kakcik?

    Kalau dah gatal tu, memang kena tahan-tahan dari menggosok. Nanti jadi lain pulak. Yang tak tahan tu bila mata gatal dan pedih. Aduhai, siksa betul rasanya tu!

    BalasPadam
  6. Moga cepat sembuh. Kalau masih gatal lagi dan bengkak better pergi klinik. Takut ada jangkitan pulak

    BalasPadam
  7. Rasanya bukan wabak sakit mata.
    Kalau wabak, seminggu baru baik.

    BalasPadam
  8. boleh dibayangkan sakitnya tu.
    mudah2an cepat sembuh kak.

    BalasPadam
  9. Ha a lah KC...mcm biji mata kucing. Takut saya tengok. Alhamdulilahlah kalau mata KC dah ok sekarang ni.

    Agaknya kena gigit semut kot ...

    BalasPadam
  10. Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan. Moga semuanye baik2 aje yer kak cik . take care

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com