Kawan-kawan kakcik

Khamis, 20 April 2017

Bolehkah gelaran seperti DOKTOR (Dr) dimasukkan pada kad pengenalan?...


Sejak membaca berita (berita ke gossip?) ini, aku jadi mak sibuk pula.  Tertanya-tanya sama ada gelaran profesional seperti Dr., Ir., Ar., Prof. dan seumpamanya boleh dimasukkan dipangkal nama dalam kad pengenalan?

Gambar dan catatan dari SINI

Kebetulan aku ada menonton satu rancangan di Astro tentang pemberian nama kepada anak yang baru lahir tidak boleh ada sebarang gelaran profesional pada namanya atau pun gelaran seperti Dato', Tan Seri atau Tun (eh...tapi kawanku dulu, semua anaknya ada nama Tun di pangkal nama).  Itu untuk pendaftaran anak yang baru lahir, mungkin untuk yang sudah lama lahir dan baru dapat gelaran, bolehlah masukkan gelaran itu agaknya, ya? 

Ada orang terlalu mahu dikenali dengan gelaran.  Ada pula beberapa kawanku yang marah bila aku panggil mereka dengan gelaran.  Mungkin ia seolah-olah akan menjarakkan perhubungan. Sedangkan gelaran yang didapati itu memang selayaknya bukan kerana mereka banyak duit atau kerana mereka pengasas produk kecantikan!

Sekadar rujukan :




11 ulasan:

  1. Kakau gelaran itu disebabkan keturunan..contohnya Nik..Syed..Megat..Puteri..boleh didaftarkan pada IC..tapi kalau anugerah ni tak boleh..PC tahu pun masa tukar IC ada individu yang tanya..hehe..PC dengar pegawai tu terangkan..yang PC ingat...pegawai tu cakap...nama di IC sama macam nama yang disebut masa bacaan talkin..bezanya lelaki bin ibu..perempuan binti ibu..kalau di IC perempuan binti..lelaki bin ayahnya..
    Terkedu orang yang tanya..PC yang dengar pun kebil kebil.

    BalasPadam
  2. Kan dah meninggal nama mak juga yang dibintikan. Gelaran semua tak pakai..nama yang akan dipanggil ialah nama yang biasa dipanggil di dunia.

    BalasPadam
  3. pelik kenyataan boy iman tuh, mmg amat2 pelik....
    serasanya mmg tak blh boh apa2 gelaran ...
    apa nk di pandang sgt pd doktor or datuk tuh... kalau mati tak bwk sekali pun

    BalasPadam
  4. macam2 orang sekarang, gelaran pun jadi hal.

    BalasPadam
  5. Kisah ni dah agak lama juga saya baca, Kakcik. Nama dia pun pelik - betul ke nama sebenar Boy Iman? Entahlahkan, tak pernah tengok IDnya! Sekarang ni bukan main senang nak dapat title datuk/dato' tapi tengoklah gelaran tu dari mana...

    Baru-baru ni saya baca ada 'budak' 19 tahun dah dapat gelaran dato' sebab dia pengusaha scrap metal dan beberapa bisnes lagi. Pelik sungguhlah. Bukan ke gelaran tu hanya diperolehi kalau seseorang tu banyak berjasa pada negara/negerinya? Macam ni jadi usahawan berjaya aje dah boleh dapat gelaran. Belilah banyak-banyak...

    BalasPadam
  6. Macam Tun..Tuan tu rasanya keturunan kluarga mmg boleh bukan anugerahkn..sbb dulu guru saya awal namany Tuan..kami x pernah dengar..org johor rada mengade...nak bertuan tuan...rupanyanya keturunan ..mcmwan gitew..he..he

    BalasPadam
  7. kalau pendekar boleh .. buktinya speaker dewan rakyat

    BalasPadam
  8. Kalau dah katanya JPN yang keluarkan KP dia ada Dr maknanya boleh la kot..

    Makchaq baru baca link yg kakcik bagi tu.. nama Boy Iman tu nama dia betul ke?

    BalasPadam
  9. wow perkongsian yang menarik.tq for sharing

    BalasPadam
  10. Eh....apasal saya baru tau ni KC? Nampak sangatlah tak rajin membaca paper hihi...
    Ha a kalau gelaran tu boleh masuk IC mmg pelik jugaklah. Mcm tak kena pulak ek.


    BalasPadam
  11. Nama orang2 bergelaran keturunan dibenarkan dalam Kad Pengenalan, sebab ia mmg sebahagian nama diri. Contoh: Tengku, Raja, Puteri, Wan, Meor, Nik, Said, Syarifah, Megat, Engku, Tun dan beberapa lagi. Tun itu pun, kalau kerana kurnia darjah kebesaran dan bukan keturunan, tak boleh catat dalam KP. Mengarutlah kalau ada yg tunjuk KP ada Dr., Prof. dan sebagainya. Itu bukan gelaran kurniaan kebesaran, hanya kelulusan akademik. Sama juga gelaran Sr. (surveyor), Gs.(Geologist), Ts. (Technologist, bukan Tan Sri! HEhehe hati2 ya yg jadi MC majlis) yg menunjukkan keahlian badan profesional, sama juga gelaran yg diletakkan di belakang nama seperti Ir. untuk engineer dan banyak lagi

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com