Jangan sekadar tahu merungut atau mengeluh sahaja. Tapi kalau kita memang jenis tak kisah mengeluarkan 20 sen untk sekeping beg plastik (5 keping baru RM1.00, kan?) tidak mengapalah.
Siapa yang sedar bahawa beg plastik yang kita dapat dari restoran makanan segera seperti KFC itu tidak lagi percuma (kecuali diberitahu oleh juruwang)?. Begitu juga dengan di Dunkin Donut atau lain-lain restoran makanan segera.
Setakat ini, yang aku pasti Pasaraya Tesco Ampang dan Pasaraya The Store Pandan Indah (kedua-duanya tempat aku selalu membeli barang keperluan) masih menyediakan beg plastik percuma kecuali pada hari Sabtu.
Lipat sahaja sehelai atau dua beg plastik (supik gelenyar kata orang Kelantan πππ)... |
...dan masukkan ke dalam dompet atau poket seluar. Pasti ianya sangat berguna bila diperlukan. Tak perlu bayar 20 sen dan tidak memberatkan pun... |
bagus idea tu..;D
BalasPadamBetul kak..PC pun kadang sediakan awal-awal beg plastik bila nak pergi belanja..kalau terlupa bayar je charge 20 sen tu..untuk barang-barang kecil..kalau yang barang besar-besar macam sabun cuci baju..tak perlulah..sorong troli sampai kereta terus masukkan dalam kereta..macam barang basah tak boleh elak..
BalasPadamferd selalu lupa nak bawak..dah masuk dalam dashboard kereta pun,tapi bila masuk shopping mall,lupa nak bawak jugak..aduh...banyak makan semut gaknya..hehehe..miss u bonda..
BalasPadamKlu g sopink brg dapur..rajin bawak bag kitar semula tu..besar,..byk muat brg..hehe
BalasPadamdana selalu bwk beg ikea biru tuh kakcik, mmg stndby kt kereta... dana mmg pengumpul beg recycle dr aeon, giant n ikea...
BalasPadamyezaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadamSatu RM0.20 kalau 5 baru RM1, Kakcik ^_^ Tapi itulah saya tetap bawa beg shopping sendiri. Apa guna ada poket Doraemon dalam handbag kalau setakat plastic bag ni pun kena beli? Sia-sia tahu bahu saya rebeh bawa beg tangan berat-berat ^_^
BalasPadamassalamualaikum kakcik..mmg satu cara yg baik tu...:)
BalasPadam** Mama Maszull
setuju sgt akak....memang slalu buat camni berguna sgt...
BalasPadamAlah bisa tegal biasa. memula mmg susah.. tapi kalau dah disemai di jiwa anak2 sure depa pun akan terbiasa malah mengingatkan kita.
BalasPadamSaya selalu dok kata nak bubuh bawah seat moto dan compartment dalam kereta. Tak perenah nak ingat. Bila cashier tanya baru tampaq daiee....2 kupang lagi.....
BalasPadamSelalu bawak beg ikea je. Tahan lasak.
BalasPadamSaya selalunya jinjing belian saya tu ke kereta tanpa beg. Tak peduli orang keliling yang perhati.
BalasPadamKalau guna troli, saya lambakkan saja kat seat belakang. Bila tiba di rumah, jenuh sae' dari kereta ke dapur...
saya memang simpan dalam kereta jadi bila teragak nak singgah beli barang senang kakchik
BalasPadamMakchaq pernah jugak la terpaksa bayaq 20 sen sebab tak merancang nak beli barang dan ada jugak tertinggai beg..
BalasPadamKalau memang keluaq untuk beli barang dapoq teruih bawak coolbox utk barang sejuk & basah, yang barang biasa isi dalam kotak..
Kalau pergi beli barang biasanya dalam kereta letak sesiap besen, mana2 barang basah masuk terus dalam besen tapi kalau time lupa, bayar jelah harga beg plastik tu.. nak buat macam mana.. salah sendiri, lupa bawak.
BalasPadamSelalu terlupa bawak KC. Kat cashier baru teringat. Padahal ada je beg kat bonet kereta tu. Mmg dah stanby pun.
BalasPadamLepas ni kena siap siap masukkan dalan handbaglah nampaknya.
Masalahnya selalu lupa aje.
BalasPadamBagus bawa sendiri macam ni. Jimat sikit.
BalasPadamBetul mak.
BalasPadam