Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 10 Mac 2017

Makan untuk hidup...

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera serta Salam Jumaat buat semua...

Ada orang, hidupnya adalah untuk makan sehingga nikmat untuk menikmati makanan itu ditarik kembali.  Tapi lebih ramai orang yang makan untuk hidup, ertinya makan untuk membolehkan dia terus melakukan keperluan-keperluan dalam sebuah kehidupan... #takfahamtakapa

Pada suatu hari sewaktu mengikut suami,
dari dalam kereta aku memerhati,
ketika hujan menyiram bumi,
terlihat seorang lelaki duduk menyendiri.
Bersandar di dinding gudang yang dia awasi,
membuka bekalannya dan diam-diam makan sendiri.
Alhamdulillah, untuknya masih ada rezeki, walau
tidak mewah tapi mencukupi.

Dari sudut yang sama aku memandang,
terlihat timbunan guni-guni beras di dalam gudang.
Burung-burung kecil datang tanpa diundang.
Mematuk-matuk tanpa dihalang. Banyak mana sangatlah
butir beras yang hilang.  Sekadar memenuhi perut kecil
sebelum kembali terbang...

11 ulasan:

  1. kalau pelanggan yang cerewet, tngok burung duk patuk beras tu pasti dia tak nak beli dah beras tu kan kak..

    BalasPadam
  2. apalah sangatkan burung-burung tu makan,cuma kekadang manusia ni lebih cerewet untuk makan..Makan untuk meneruskan kehidupan

    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
  3. makan untuk meneruskan kehidupan untuk dapatkan sedikit tenaga

    BalasPadam
  4. Hidup untuk makan itu bahaya...tapi kalau makan untuk hidup insyaAllah waspada itu akan sentiasa ada...Salam Jumaat kak :)

    BalasPadam
  5. Bagi yang pernah pi beli beras sekepoi (1/4 cupak) untuk masak bubur makan sekeluarga memang berdoa supaya generasi sekarang tak terpaksa melalui zaman kesusahan masa dulu..
    Biar la keadaan negara kita semakin baik utk kesenangan anak cucu kita nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. amiin makchaq. saya pun risau juga keadaan sekarang ni

      Padam
  6. salams jumaat akak
    dalam maknanya:)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Kakciknurseroja..

    Seeloknya makan utuk hidup lah kan. kakciknurseroja he he....hanya utk meneruskan kehidupan...

    BalasPadam
  8. Belajar untuk menjadi orang yg bersyukur. Makan seadanya. Tp ada kalanya manusia ni penuh haloba. Memilih. Nak makan sedap kadang kadang. Sayalah tu huhu....

    BalasPadam
  9. makan untuk hidup, hidup untuk makan. ayat sama tapi berlainan makna. utk teruskan kehidupan, kita kena makan. tapi kalau hidup tu utk makan, nescaya membinasakan diri

    BalasPadam
  10. Sampai satu stage sekarang ni saya dah tak peduli dah pasal makan. Apa ada saya makan. Dah tak loghat macam dulu2. Hidangan mesti cukup lengkap. Alhamdulillah hubby yg kuat makan pun dah tak memilih dah.













    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com