Kawan-kawan kakcik

Rabu, 8 Mac 2017

Bukan main suka lagi dia...

Tarikh : 4/3/2017 (Sabtu)
Tempat : Ampang Superbowl @ eCurve, Mutiara Damansara
Acara : Pertandingan Bowling Kelab Bernas Ibu Pejabat



Selaku Timbalan Yang Dipertua Kelab Bernas HQ,
En Suami membuat cabutan dan menyampaikan hadiah
cabutan bertuah (semua peserta sebenarnya menerima
hadiah cabutan ini).  Walaupun tidak begitu 'tahu' bermain
bowling, suamiku tetap datang atas dasar 'tanggungjawab'.
Iyalah, jawatan datang bersama tanggungjawab. Jangan
terima jawatan sekiranya tidak sanggup menerima tanggungjawab.
Walau hanya jawatan sukarela, apatah lagi jika jawatan bergaji...
jangan sesekali diabaikan tanggungjawab yang diberi kerana
Allah SWT tidak lepas dari memerhati.

En Suami bersama Yang Dipertua Kelab Bernas HQ
yang menerima hadiah cabutan bertuahnya.

En Suami menerima hadiah 'cabutan main-main' yang terakhir...

Semua orang kelihatan tergelak besar sampaikan Pn Cyanamoose
pun tertunduk-tunduk menahan ketawa. Sebabnya?  Pn Cyana
meminta siapa yang ada bawa kad pekerja dan menunjukkan
kepadanya, akan dapat hadiah terakhir itu.  Secepat kilat
En Suami mengeluarkan kad pekerja yang berada dalam poketnya.
Siapa sangka, kan?  Bukan hari bekerja, jadi kemungkinan ada
yang membawa kad itu adalah sangat tipis...
Oh...aku tetap menjadi peneman setia En Suami.
Kepada yang mengandai-andai dan memandai-mandai
merasakan aku ada masalah rumahtangga bila aku membuat
status sendu, sudah-sudahlah ya.  Setakat ini, aku dan suami
masih lagi sherashi bershama selagi Allah SWT mengizinkan.

19 ulasan:

  1. beridah sambil mengeratkan silaturahim mmg seronok..

    BalasPadam
  2. alamak kakcik, ada ka yang ingat sampai lagu tu? MasyAllah....saya doa dijauhkan..

    BalasPadam
  3. hebat abg bob, kad pekerja sentiasa dlm poket hehe..dpt adiah apa aritu?

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... Moga kekal bersama selamanya..

    BalasPadam
  5. nampak ayah seronok betul! hehehe...

    BalasPadam
  6. mmg hepi betul tuh... tergelak sekali ngn gambar yg suami akak tayang kad pekerja tu heheheh
    nampak sgt pekerja dedikasi tuh hehehhe

    alhamdulillah kakcik, moga kakcik n suami trs bahagia hingga ke syurga...

    BalasPadam
  7. Hihihi..
    Mmg tak sangka ye kakcik..
    En suami bawa kad pekerja tu..
    Dah lelaki..
    Lain lah perempuan yang ada dlm beg ajer..

    Semoga ikatan perkahwinan kak cik dan suami berkekalan hingga ke syurga.. Aamiin

    BalasPadam
  8. Dapat mengeratkan silaturrahim.
    Dah lama tak main bowling walau tak pandai mana.. hehehe..

    BalasPadam
  9. suami kakchik kerja bernas ye?ayah saya dulu pun kerja di bernas.ada jugak ye orang bercakap gitu kalau kita tulis sendu2...

    BalasPadam
  10. Dapat jugak hadiah kan kak cik..

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah tu kak...dapat hadiah..untuk suka-suka kan kak..yang penting erat hubungan satu sama lain..

    BalasPadam
  12. Tengok gaya pun dah tau Abg Mus dedikasi orangnya, dedikasi bekerja, sampai kad kerja x tinggal, dan dedikasi bekeluarga jugak.. kakcik pun jarang kena tinggal hatta keluar negara sekalipun..
    Gelagat dia memang boleh buat yg tengok rasa nak gelak..

    BalasPadam
  13. Wah kalahkn artis pulak kakcik..ada pulak yang mengintai intai ye...

    BalasPadam
  14. Wah....berbaloilah semua yang datang sebab semua dapat hadiah. Cik abang dapat hadiah apa KC...bizibodi pulak nak tau hihi...

    BalasPadam
  15. wah kakcik, happy together dengan ayah

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com