Kawan-kawan kakcik

Selasa, 27 Disember 2016

30 tahun bersama...

27/12/1986 - 27/12/2016
Alhamdulillah

Sepanjang 30 tahun, segala manis, pahit, masin, tawar, payau, kelat dan ada ketikanya tanpa sebarang rasa, dihadapi bersama (dan tidak mustahil juga segala rasa itu ditelan seorang diri). Kata kuncinya hanyalah SABAR.

Ujian tak pernah jauh.  Cuma kadangkala kita tidak menyedari apa yang sedang kita hadapi itu adalah 'ujian'.  Tetap terpaksa dilalui dan ditempuhi.  30 tahun bukan suatu tempoh yang singkat.  Waktu datang dan pergi silih berganti.  Banyak yang boleh dikongsi.  Tapi perkongsian bukan semuanya mendatangkan kebaikan.  Jadi mungkin elok juga ia dipendam dalam sudut hati yang paling dalam...

27/12/2016
Nampak kami sudah dimamah usia.


12 ulasan:

  1. Alhamdulillah...tahniah kakchik Nur..moga berkekalan selama lamanya..

    BalasPadam
  2. Happy 30 tahun bersama ,kakcik
    Semoga kakcik dan suami dilimpahi rahmatNya hingga jannah.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...syukur dengan izinNYA..akak dan suami susah bersama...moga terus tabah dan sabar mengharungi hari-hari mendatang bersama insan-insan kesayangan di sisi :)

    BalasPadam
  4. Happy 30th anniversary Kakcik/Abg Bob
    Pejam-celik-pejam-celik mesti bagaikan baru tapi dah 30 tahun
    Alhamdulillah..

    BalasPadam
  5. moga terus kekal bahagia hingga ke syurga kakcik n suami....

    nampak kakcik susut dlm gambar terbaru tuh

    BalasPadam
  6. Selamat ulangtahun perkahwinan KakChik.

    BalasPadam
  7. Tahniah kak cik. Semoga berkekalan hingga,ke jannah

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...tahniah kak...dapat kekal sehingga sekarang...kongsi2 la tips berumahtangga kat kami semua...

    BalasPadam
  9. Barakallahu Lakuma Fii Khair kak cik dan abg bob..
    Semoga ikatan berkekalan hingga ke syurga..

    Masa kakcik bernikah tu saya baru habis SPM hehehhe..
    lama sungguh tu kak cik..

    BalasPadam
  10. Semoga berkekalan bahagia selama-lamanya.

    BalasPadam
  11. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Kak Cik, semuga dalam lindungan Allah selalu, sejahtera kakcik dan suami serta keluarga.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com