Kawan-kawan kakcik

Selasa, 1 November 2016

Selagi nenek mampu...

Tak akan sampai hati seorang nenek untuk
menolak keinginan seorang cucu. Biarpun
wajah berkerut seribu, sambil membelek
dompet yang 'lesu', selagi dirasakan mampu
diturutilah kemahuan sicucu...

...makanan begini sebenarnya tidak elok dimakan
selalu.  Mungkin ia mengandungi lemak tepu.
Tidak bagus untuk kesihatanmu, lagipun digoreng
dengan minyak yang bagaimana, kita pun tak tahu.
Tambahan sekarang khabarnya minyak naik harga,
Bukan sedikit tapi 'gila-gila'.

Eh... tak mengapa,  duit bantuan bukankah ada?
Tak akan habis walau setahun diguna, jadi
janganlah asyik nak merungut sahaja.

Kata 'mereka' minyak yang diguna semula itu
merbahaya.  Lagipun diragui status HALALnya.
Tapi kita boleh buat apa? Setakat menulis,
tak akan jadi apa...

12 ulasan:

  1. Mungkin lepas ni semua makan makanan rebus sahaja.
    Harga makanan bergoreng mesti naik sampai senak dada.

    BalasPadam
  2. lps ni berebuut org beli air fryer lah kakcik sbb tak pyh guna minyak...

    bila org yg berkepentingan ni menyalah guna kuasa kita org yg takde kepentingan ni yg merana

    BalasPadam
  3. Cucu oh cucu
    Nenek memang akan buat apa aje demi cucu:)

    BalasPadam
  4. alahai nenek, sedih pulak membaca rangkap ayat yang pertama tu.
    Takpelah, demi cucu apa pun disanggupi !! ^_^

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kakcik,
    Sekian lama Mak Long tidak berkunjung ke blog sahabat-sahabat. Sekali buka blog macam-macam dan berderet cerita. Harapan Kakcik sekeluarga dalam perlindungan dan rahmat yang Esa.

    Bila kita dah jadi nenek, gitulah tidak sampai hati menghampakan keinginan cucu dalam nama "makan" ... sanggup nenek berkurban.

    BalasPadam
  6. Anak-anak saya pun suka makan fries. Itulah tak berapa baik untuk kesihatan, sesekali sikit-sikit boleh la kan kakcik.

    Serba serbi naik, bertabahlah kita...

    BalasPadam
  7. betul kakcik, nenek akan buat apa saja demi cucu

    BalasPadam
  8. begitulah nenek dengan cucu
    apa saja akan di turuti demi cucu
    walaupun badan letih dan lesu
    takde masaalah asalkan dpt bersama cucu

    selamat pagi kakcik

    BalasPadam
  9. Begitu lah kasihnya seorang nenek kepada cucu :)

    BalasPadam
  10. Nenek berkerut bukan pasal duit lesu tu, tp semua duit ungu, tak de duit merah langsung hihi...

    Betul ke cucu dengan anak lagi sayang cucu KC?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com