Kawan-kawan kakcik

Rabu, 30 November 2016

Saat ibu memalingkan muka...

...ketahuilah,

bukan dia enggan memandang wajah anaknya
tapi ada air mata yang cuba diseka
gara-gara hatinya yang terluka
bila anak enggan mendengar kata

bukan banyak yang dia minta
tapi anak buat tak faham bahasa
sebaliknya ditohmah ikut suka
konon ibu suka mengada-ngada

banyak yang dikorbankan buatmu anak
banyak kehendaknya sendiri terpaksa ditolak
dipendam jauh ke sudut hati hingga berkeladak
asal sahaja perjalananmu tidak tersalah rentak

tahukah dikau wahai anak
kau lahir tidak terus menjadi bijak
tapi sekarang kepala ibu bagai ingin kau pijak
semata-mata kerana kau rasa kau sangat berhak

dalam luka hati seorang ibu
tidak juga terlepas doa yang baik buat dirimu
biar tidurnya didendang lagu sendu
pelukan doanya kejap melingkari tubuhmu



9 ulasan:

  1. ibu mak ummi mama mami ama mom adalah segala2nya

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakcik...sedihnya hati...:(

    BalasPadam
  3. Redha Allah bila ibunya redha bagi seorang anak..PC sangat takut bab ni kak..sangat takut..

    BalasPadam
  4. bersabarlah wahai hati,
    doakan moga diberikan hidayah

    BalasPadam
  5. Hargailah jasa dan pengorbanan mereka.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com