Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 14 Oktober 2016

Sukarnya hendak kumaafkan dia...

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera serta salam Jumaat buat semua yang sudi membaca catatan ini...

Tiba-tiba hari ini aku kembali teringat kepada dia. Rasanya sebelum ini aku pernah bercerita tentang dia.  Di hari Jumaat ini aku terasa ingin bercerita kembali.

Entahlah...sakitnya hati bagai sukar diubati bila sesekali ia melintas kembali. Seolah-olah dia cuba mengambil tugas Allah Yang Esa bila sesuka hati menempatkan orang di dalam neraka.  Tanpa segan silu (malah dengan bangga) menuding jari kepada peserta sambil melukis di hadapan dan berkata 'ini tempat kau di neraka...di bawah sekali'.  Akhirnya peserta tersebut terus tak masuk lagi ke kelasnya. Aku pun tak faham bagaimana Bahagian Kaunseling di Kementerian tempat aku pernah bertugas itu boleh mengambil penceramah sepertinya.

Bagi dia, semua yang hadir adalah 'bodoh', 'malas' dan 'isi neraka'.  Pada seorang peserta muda, dia bertanya tentang tahap pelajaran.  Bila diberitahu ada diploma, dia mengejek kononnya anak-anaknya semua orang yang berkelulusan tinggi dan ada yang menjadi doktor.  Dia sendiri kononnya punya senarai enam diploma dan aku lupa sama ada dia ada ijazah atau tidak.

Aku terkena di hari kedua bila dia mula bersoal jawab denganku dan akhirnya dia berkata dia mengharamkan aku dari meminum air Yaasin dan air 30 juzuk yang dibawanya. Tentang air itu aku tak kisah sangat sebab aku ada kemusykilan tersendiri tapi bila dia memaki hamun aku sesuka hati di hadapan peserta lain, itu yang kesannya hingga ke hari ini.

Aku tak tahu sama ada dia masih ujud atau tidak di dunia ini.  Sekiranya masih ada, aku harap dia sudah berubah sebelum makin ramai yang 'berdendam dalam diam seperti aku' terhadapnya. 

Memaafkan memang sifat yang mulia, tapi kerana mudahnya maaf diberi, tanpa sedar ia memakan diri sendiri...

14 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manusia macam2 ya kakcik.
      Ada yg tak sensitif langsung tentang perasaan org lain. Buat apalah buat gitu. Apalah nikmat merendahkan orang.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. Saya lebih kasihankan beliau. Kasihan kerana dia tiada sikap prihatin dan tiada toleransi dalam menjawab soalan. Walaubagaimanapun saya tiada hak untuk menilai. Anyway, Kakcik tak perlu merasa sedih atau marah kerana itu hanya akan memakan diri. It's too small to even think of....Move on...banyak lagi perkara penting yang hendak difikir. Anak-anak, suami, menantu, cucu, discharge dari hospital etc. Live life to the fullest Kakcik!

    BalasPadam
  3. Uhh... lain macam jer penceramah ni. Biar betul...

    Secara dasarnya memang kita boleh memaafkan tapi kesan calar di hati tetap juga akan ada dan kekadang ianya memedihkan...

    BalasPadam
  4. Bakpenyer org berilmu gitu sedap2 dah tempah tempat di neraka? Huhu

    BalasPadam
  5. Sabar aje la kalau penceramah mulut puaka macam tu..dia yakin ke dia penghuni syurga

    BalasPadam
  6. Saya beranggapan penceramah itu mungkin sakit mental atau jiwa kacau atau seumpama dengannya. Kesian juga sebenarnya. Kakcik jangan sedih-sedih lagi ya. Doa untuknya mudahan hati kakcik lebih tenang dan kakcik teruskan hidup bersama keluarga dengan penuh ceria.

    BalasPadam
  7. Bilamana semua org boleh jd penceramah atau ustaz .. Inilah akibatnya... Ilmu tak banyak mana dah jd penceramah atau ustaz.
    Dia yg bangang.. Org lain jd mangsa.
    Sabar jer kakcik....
    Lambat laun org akan nampak kebangangan dia.

    BalasPadam
  8. eeeeee... takutnya kakcik.
    wujud ke org cam ni?
    apa yg lain2 tu tak balas apa2 ke?
    pelik lah kak.

    BalasPadam
  9. Penceramah tu tak beradab tidak beretika.. akhlak camner? penuh emo dan pandangan negatif pd peserta? Camner boleh jadi penceramah? Gilos kut?

    BalasPadam
  10. Memang ada penceramah gila macam tuh kak cik. Kat kampung saya (beberapa bulan yg lepas) kebetulan saya berada di kampung, balik tuh umi saya cerita ada penceramah gila memarahi anak murid dan bercakap besar tentang kehebatan dia semasa ceramah motivasi. Bukan setakat tuh je, ibubapa pun kena marah juga dek dia. Abah saya cakap, akhirnya penceramah tuh kena escort masuk kereta polis. Itupun sebab ada cikgu buat laporan bila tengok penceramah tuh tak betul macam nak mengamuk je. Eh, entah-entah kita bercakap tentang penceramah yg sama tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila baca komen Gee ni, rasa macam orang yang sama pulak...

      Kampung Gee di mana ya? :)

      Padam
  11. ish ada lagi jenis yang camtu kakcik. kalau saya pun susah nak maafkan

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com