Kawan-kawan kakcik

Rabu, 12 Oktober 2016

Bila sudah kaya dan ternama...

...ramailah yang akan mengaku sebagai saudara.  Walaupun selama ini tidak pernah bersua muka atau mendengar nama, tiba-tiba boleh muncul pula.  Kalau dulu hendak mengaku rakan sekampung pun rasa malu, kini boleh pula mengaku tanpa segan silu.

Bak kata orang 'ada wang abang sayang, tiada wang abang melayang'...

Gambar dan artikel dari SINI
KUALA LUMPUR, 11 Okt — Sejak menjadi jutawan segera, wira sukan negara Muhammad Ziyad Zolkefli mengakui dikunjungi ramai ‘saudara’ yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.
Pemenang pingat emas acara lontar peluru Paralimpik Rio berkata, disebabkan itu beliau terpaksa menambah bilangan kuota tetamu majlis perkahwinannya pada 11 November ini.
“Sejak akhir-akhir ini ramai pula ‘saudara mara’ saya tak pernah tengok tiba-tiba datang ke rumah. Saya pun pelik tapi itulah realitinya,” katanya seperti dilapormStar Online.
“Keluarga sebelah perempuan pun dah tertekan kerana ramai saudara yang nak datang.
“Mula-mula kami jemput 1000 tetamu masing-masing untuk setiap majlis kerana guna pakej tapi nampaknya kena tambah lagi 300 orang.”
Dahulunya penjual kuetiau, Ziyad, 26, yang menerima insentif RM1 juta daripada kerajaan hanya mahukan majlis perkahwinan yang sederhana.
“Saya tak nak majlis yang besar-besaran. Saya tak mahu membazir, cukuplah hari bahagia saya disambut dalam keadaan sederhana tapi meriah,” katanya.
Majlis resepsi Ziyad akan diadakan pada 20 November di sebuah hotel di sini, manakala pasangannya Zafira Mohd Nasir pada 12 November ini di Putrajaya.

Selain dari kisah Ziyyad ini, tiba-tiba aku teringat kisah seorang 'jutawan segera' yang lahir dari program More Jutaria pada tahun 1991 bernama Ahmad Samerin berasal dari Pahang. Beliau memenangi peringkat akhir kuiz tersebut setelah memilih huruf S A M E R I N sempena namanya sendiri.  Huruf-huruf tersebut semuanya muncul di kotak-kotak kuiz yang membawa jawapan SIJIL SIMPANAN PREMIUM. Walaupun selepas memenangi hadian sebanyak RM1 juta, beliau terus hidup secara sederhana dengan membesarkan perniagaan bengkel yang dimilikinya ketika itu.

Aku masih ingat sewaktu ditemuramah oleh wartawan, antara jawapan beliau ialah beliau didatangi oleh ramai orang yang meminta derma, ejen insurans, ejen hartanah dan 'saudara-mara'. Entah apa khabar Tn. Haji Samerin sekarang ini?

Seorang lagi yang menerima kejutan apabila terkenal tiba-tiba ialah Juara Akademi Fantasia Musim ke 3 iaitu Asmawi Ani atau MAWI.  Anak muda yang berasal dari Felda Taib Andak, Johor sebelumnya hanya pemuda kampung yang tidak dikenali.  Memasuki rancangan realiti waktu telah bergelar tunangan orang.  Tapi bila dia diangkat menjadi juara dan terkenal tiba-tiba, segalanya berubah sekelip mata.  Ramai yang ingin berada di sekelilingnya.  Ramai yang ingin menjadi saudara-maranya.  Ada yang tiba-tiba rindu konon telah lama tidak berjumpa...

Begitulah kekayaan dan kemasyhuran boleh mengubah jati diri manusia apatah lagi bila ia datang tanpa diduga...

13 ulasan:

  1. klise nya kan kakcik tp itu lah yg selalu terjadi

    bila dh kaya, ada nama tiba2 ramai lak kwn2 sedara mara mendekati, masa susah takde sapa pun kenal

    BalasPadam
  2. Macam-macam dengan sandiwara dunia. Bila ada wang semua orang datang. Dah jadi kebiasaan macam tu kan akak.

    BalasPadam
  3. Setuju kakcik,
    Dah tengok ramai sangat dah yang bila senang,lupa darat.Bila susah baru tau mana lawan mana sahabat.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakcik
    realitynya mmg gitulah
    bila kita kaya raya mmg ramai yg ingin mendekati
    dan mengaku saudara sana sini dunya dunya kan..

    BalasPadam
  5. Begitulah realiti kehidupan Kakcik. Masa kita dah kaya, siapalah yang tak mahu mengaku saudara. Masa terkial-kial nak jadi kaya dulu, memanglah semua pun tak pandang. Takut sangat alahai kalau kita meminta-minta bantuan.

    Cuba tanya pulak pada Dato Vida tu. Berapa ramai saudara maranya sekarang? Mesti tak terbilang dengan jari dah!

    BalasPadam
  6. Agaknya kalau kita dpt macam tu blog kita terus meletup-letup ye kakcik haha...
    Dah tak kisah kita tua ke muda semua nak mendekat hihi..

    Itulah manusia dan kemewahan..

    BalasPadam
  7. Yg Samerin tu saya tak berapa ingatlah KC.... Ada yeh? Nanti nak try googlelah...
    Tp gitulah lumrah dunia KC.... yg kaya, yg ternama disanjung.....

    BalasPadam
  8. Kadang-kadang terasa nak jadi kaya, nak merasai suasana bila orang yg dulu pandang rendah kat kita mula mengaku kita saudara.. Tapi, takut nanti diri boleh berubah sekelip mata; itu lagi bahaya. Biar sajalah daku begini. Sederhana namun tetap bahagia ^_^

    BalasPadam
  9. Memang betul tu kalau kita ni biasa2 saja tak dak orang nak pandang pun...dengar berduit sikit mulalah kiri kanan orang menegur...yang tak kenal pun dari jauh dah senyum..

    BalasPadam
  10. ada juga baca kisah ziyad, kesian kan. tapi itulah masyarakat kita.

    BalasPadam
  11. Semoga kita tetap berpijak dibumi nyata. Iktibar dan pembuka mata kepada kita semua....

    BalasPadam
  12. assalamm kakcik seroja.. jemput datang ke blog yusrina..

    ada kisah ARTIS noor kumalasari menanti disana (plus.. kumpulan Iklim dll)

    BalasPadam
  13. Masalah SEBENARNYA bukan sedara Mara yang ngaku sedara TAPI zahid sendiri.

    Adakah sanggup dia buat kejutan?

    Buat statement berbalik.

    Bunyinya camnih:

    Syukur.

    Tuhan bagi saya kejayaan.

    Dengan itu, mampulah saya tok kenal lebih ramai lagi sedara Mara.

    Mudahkan. Barulah orang semakin hormat zahid. Ni tak, nampak sangat kenapa tuhan lambat bagi ko kejayaan. Baru menang sekali, ko dah hina orang ngaku sedara pulak.

    Ops lupa, dia kan OKU otak. Slow fikir. Sori, bai! Wakaka

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com