Kawan-kawan kakcik

Selasa, 19 Julai 2016

Bila kamu dikatakan kurang ajar...


...sebenarnya kamu telah mengheret sama
nama ibubapamu
nama guru-gurumu

seolah-olah mereka
tak pernah memberi pelajaran
juga pengajaran
kepadamu

jadi...
yang nampak bukan salahmu
tapi salah orangtuamu
juga
salah guru-gurumu

segala penat lelah mereka
yang selama ini
membimbing dan mendidikmu
sirna bagai debu
dek sikap sadismu
yang tak pernah 
kau cuba mengaku...

bahawa hakikat sebenarnya
adalah...
kau manusia yang tak dengar ajar!


14 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Betul kakcik. Bukan nama kita je nak kena jaga...terheret sama nama ibu bapa, cikgu, suami, wali, negeri...malah kerja kita sendiri.
    Kalau terlalu jaga pun kena kecam jugak, kononnya kampungan, kolot bla bla bla
    Perlu ada kekuatan nak tegakkan pendirian sendiri.

    BalasPadam
  2. Kan mak :( last-last parent yang dipersalahkan

    BalasPadam
  3. Dah tak masuk di ajar kan kakcik..
    Kesian ibubapa dan guru2..

    BalasPadam
  4. kesian keran kita yg degil abis semua terpalit sama sedangkan mereka semua dah mendidik kita secukupnya dah

    BalasPadam
  5. insyallah ada penyelesaiannya nanti tu....sabar dulu...

    BalasPadam
  6. rasa cam nak copy paste je..hahahah...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum & Selamat Hari Raya kakciknurseroja,

    Benar bagai dikata..
    Pepatah ada kata "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi",
    "bagaimana acuan, begitulah kuihnya" dan
    "bapa borek, anak rintik"..
    Semua tu melambangkan tingkahlaku anak mengheret nama kedua orangtuanya..

    BalasPadam
  8. nilai2 murni kat sekolah tu perlu dilebihkan sejak anak2 kecik. tp yg penting ajaran mak pak.

    BalasPadam
  9. Itulah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, guru atau orang yang lebih tua untuk
    mendidik dan memperbetulkan mereka.
    Jangan putus asa.

    BalasPadam
  10. Kadangkala didikan awal amat perlu diambil kira
    Jika didikan awal kukuh dgn ugama dan tatasusila bila dah besar insya ALLAH
    tiada yang menyalahkan sesiapa..

    BalasPadam
  11. betul tu kakcik.... bila di cop begitu bkn hanya kita...
    nama mak ayah cikgu2 segala yg mengajar membesarkan kita terpalit sama

    BalasPadam
  12. Itu yang kita selalu lepas pandang...sebelum bertindak ada baiknya kita fikir masak2 kerana orang yang menilai pasti akan mengaitkannya dengan didikan ibu bapa...

    BalasPadam
  13. Memang sedari kecil, ibubapa yang kena pandai membentuk anak tapi kalau dah besar panjang masih lagi buat perangai, jangan disalahkan ibubapa mahu pun guru yang sudah bosan memberi tunjuk ajar.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com