Kawan-kawan kakcik

Rabu, 1 Jun 2016

Sedih (...dan dimanakah silapnya?)...

Siapa yang hendak dipersalahkan bila anak-anak kita yang ISLAM agamanya di dalam kad pengenalan, makin hanyut dan terus hanyut dalam arus nafsu tanpa batasan?...

Salah ibubapakah yang terlalu sibuk 'mencari rezeki' atau sibuk bermain candy crush sampai tak peduli apa yang anak-anak buat.  Solatkah mereka atau tidak, tak pernah diambil tahu.  Tahukah anak-anak tentang mandi wajib juga mungkin tak pernah ditanya.  Mungkin ibubapa juga sudah lama tak mempraktikkan mandi wajib.  Mandi sekadar mandi sahaja.  Ini baru perkara yang 'asas' sahaja. Belum lagi perkara-perkara 'halal haram' yang lain.

Malangnya, bila anak-anak hendak bernikah, wah...banyak pula syaratnya melebihi syarat sah dan wajib nikah! Yang dipentingkan jumlah hantaran, pakaian ikut tema dan pelbagai maknenek yang tidak pun disyaratkan oleh agama.  Bila waktu majlis pun penuh dengan kemegahan, tidak mustahil waktu solat yang wajib pun diketepikan.  Jadi, dari mana datangnya keberkatan?

Jabatan Agama juga kadangkala menjadikan urusan nikah kahwin sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Jadi, untuk mempermudahkan urusan nikah kahwin, bagi anak-anak muda atau mereka yang enggan bergelumang dengan kehidupan penuh kemaksiatan, akan memilih jalan mudah yang sebenarnya tidak mudah.  Mereka mungkin sahaja melangkau sempadan negara untuk bernikah. Kononnya nanti balik ke negara sendiri, barulah pernikahan itu didaftarkan dengan membayar denda yang ditetapkan.  Semudah itukah?  Mungkin mudah sekiranya anda adalah orang yang punya nama seperti artis hingga berita pernikahan itu keluar di media massa.  Akan cepatlah pejabat agama bertindak. 


Baca juga di sini sekiranya mendapat kebenaran jabatan agama untuk bernikah di luar negara :


Berita dan gambar dari SINI...

Kuala Lumpur : “Ini anak Tahun Baru, yang ini Valentine (Hari Kekasih), ini pula Merdeka (Hari Kebangsaan),” kata Pengurus Rumah Kebajikan Pertubuhan Kebajikan Nur Hati Mohd Zaid Mohd Shah, 33, menceritakan trend gejala sosial yang semakin membimbangkan dalam kalangan remaja perempuan.
Beliau berkata, hampir semua anak tidak sah taraf berada di rumah kebajikan itu hasil hubungan terlarang ibu bapa mereka ketika hari berkenaan terutama Tahun Baru dan Hari Kekasih.
Katanya, pihaknya menerima kehadiran bayi tidak sah taraf paling ramai pada Ogos hingga November.
“Hasil kajian dan soal selidik membabitkan gadis terlanjur dan kelahiran bayi mendapati mereka ini dilahirkan sempena Hari Kekasih, Tahun Baru dan Hari Kebangsaan.
“Kami menerima 20 bayi Hari Kekasih, Hari Kebangsaan (15) dan Tahun Baru (10) dengan purata setahun bayi tidak sah taraf mencecah 35,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2016 @ 8:38 AM








25 ulasan:

  1. Na'uzubillahiminzalik.. sesungguhnya kita akan ditanya hal ini kelak kakcik. Kakak ada 3 anak dara memang takut melihat gejala ini semua. Mandi wajib sebelum kena haid lagi semua kakak ajar kakcik. Sekarang ni pun walau mereka dah besar masih kena tanya juga walau biasa akan ketawa sama-sama akhirnya.

    Bila agama selalu dipinggirkan dek kemajuan konon tak mustahil masalah ini akan berpanjangan. Sedih:(

    BalasPadam
  2. ya Allah takut sgt zaman skrg dah tak macam dulu.. takutttt..

    BalasPadam
  3. Nauzubillahiminzalik kak...sedih sebenarnya bila mengenangkan perkara ini..sangat sedih..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    Tak terkata apa

    BalasPadam
  5. takutnya baca paparan berita macam ni. anak kita masa akan datang lagi penuh cabaran nak lalui.. semoga allah pelihara kita sekeluarga yea kak..

    BalasPadam
  6. Nauzubillahiminzakik... tak tahu nak kata mcm mana.. Semoga Allah pelihara keluarga kita semua. Amin.

    BalasPadam
  7. Na'uzubillahiminzalik... seriauu baca part anak2 yg dgroup2kan tu...allahu

    BalasPadam
  8. Alahai! Kasihannya nasib anak-anak yang dilahirkan sebegitu. Mereka tak bersalah tapi hasil dosa ibubapa sendiri, mereka yang dicemuh masyarakat.

    Memang susah Kakcik nak kahwin ikut peraturan. Macam saya dulu, bukan setakat kebenaran daripada emak sahaja, kena dapatkan kebenaran dari pihak imigresen juga. Dah dapat surat kelulusan, barulah buat urusan dengan Jabatan Agama.

    BalasPadam
  9. Nauzubillah semoga gejala sebegini tidak terjadi kepada keturunan kami. Kesian anak2 macam ini, mereka tak bersalah tetapi merekalah yang akan dicemuh orang nanti.

    BalasPadam
  10. semoga dijauhkanlah dari segala keburukann, betul tu kak cik,kita sebagai ibu bapa ni dampingi lah, jalankanlah amanah sebaik mungkin dalam membesarkan zuriat.

    BalasPadam
  11. nauzubillah... mintak2 dijauhkan lah keluarga kita dr jadi gitu ye kakcik

    alhamdulillah la , dana nih dulu asal org kampung yg mmg di didik psl agama, kt kampung tak la terlalu terdedah ngn budaya2 valentine2 ke tahun2 baru nih...
    even adik2 dana mana yg ddk ngn dana, nk kuar ngn sapa nk kuar pi mana msti bgtau dana, balik pun tak blh lwt2.... kadang biarlah kita jd kolot tp bersebab

    BalasPadam
  12. sedihnya..apa lah nasib mereka nanti,..malas nak fikir nasib mak ayahnya..nasib anak2 ni lebih penting..semoga hidup mereka dipermudahkan..Maklum la..bila jadi anak tak sah taraf ni pandangan buruk masyarakat yang suka menghukum pada yang tak bersalah ni akan buat hidup mereka sedikit mencabar .

    BalasPadam
  13. Apabila adat lebih dipentingkan dari syariat

    BalasPadam
  14. Apalah nasib anak kecil yang tak bersalah ni..

    BalasPadam
  15. no komen.

    nasib baik Tuhan tak beri saya anak perempuan. ada yang lelaki ini pun.... Allah sahaja yang tahu serabutnya saya memelihara.

    memang, orang akan kata ini semua salah ibubapa. tapi saya tertanya diri saya... dimana salah saya?

    BalasPadam
  16. Ada mendengar ceramah Ustazah Norhafizah Musa..
    Kesalahan anak-anak adalah sebahagian dosa ibu bapa jugak..
    Ibubapa juga harus bertaubat juga kerana tidak mendidik anak2..

    Nauzubillahminzalik..
    Perkara ini berlaku pada anak cucu dan zuriat keturunan kita ye kakcik..

    BalasPadam
  17. sedihnya..
    moga anak cucu cicit kita nanti sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah.

    BalasPadam
  18. Nauzubillah.. banyak cabaran membesarkan anak zaman serba maju ni.. Ya Allah lindungi anak-anak kami Ya Rob..

    BalasPadam
  19. semoga anak2 kita dijauhkan dari sifat2 terlarang ni mak..takut saya baca...nauzubillah...mintak dijauhkan...

    BalasPadam
  20. Topik yang sangat bagus untuk dibawa berbincang terutamanya mengenai majlis perkahwinan. Makanya didalam entry terbaru saya, saya meninggalkan pesanan kepada anak-anak. Pesanan terakhir kepada mereka ialah agar mencari duit sendiri untuk kahwin.....

    BalasPadam
  21. semalam saya mewakili robongan meminang anak saudara di Bota Kiri.

    semasa penutup, wakil pihak perempuan memberi peringatan bahawa bertunang bukanlah lesen untuk boleh berduaan selepas ini.

    saya membenarkan kata-kata dia tapi dalam hati berkata:

    manalah boleh nak kawal anak-anak zaman ini. kaki mereka 'panjang'...

    BalasPadam
  22. Semoga agong Mesingan berjaya ubah malaysia, amin :)

    BalasPadam
  23. Takut kan mak :( harap anak-anak kita dilindungi dari anasir jahat.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com