Kawan-kawan kakcik

Khamis, 19 Mei 2016

Satu hari di hari Sabtu....

...balik dari pasar terus ke dapur.  Siapkan lauk-pauk untuk anak-anak yang akan ditinggalkan seketika.  Jam 10.30 pagi, berdua-duaan suami isteri menaiki kereta menuju ke Utara.  Tak jauh pun hendak perginya.  Sekadar ingin menjenguk ibu mertua.  Itu yang sering kami lakukan bila ada masa.

Tiba di Teluk Intan
Restoran Ghulam Rasul jadi tujuan
Dua bungkus nasi dan lauk dibungkuskan
Untuk ibu mertua dan cucunya sebagai buah tangan

Oh...sepanjang perjalanan
Melayari internet satu kesukaran
Entah apa yang jadi halangan
Broadband ini langsung tidak memberi liputan

Suami sedang menghadapi hidangan
Sekadar menjamah apa yang ibunya sediakan
Balik ke sini memang kami tidak berlama-lamaan
Mengapa dan kenapa, itu antara kami dengan Tuhan

Selepas kewajipan solat ditunaikan
Kami pun meneruskan perjalanan
Kembali menuju ke Selatan
Menyusuri 'jalan lama' untuk menikmati keindahan

Masuk sebentar ke Pekan Kalumpang
Konon ingin meninjau kawasan perkelahan
Setelah menghampiri penghujung jalan
Kami berpatah semula keluar simpang

Jumpa gerai menjual goreng-gorengan
Singgah pula untuk membasahkan tekak yang kekeringan
Beramah-tamah dengan pemilik yang keriangan
Bercerita bagai pernah jadi kawan sepermainan

Meneruskan perjalanan singgah pula di sini
Ingin melihat sejauh mana panasnya air di kali
Mungkin boleh membasahkan kaki
Bersantai-santai tidaklah pula hendak mandi

Ikut sahaja arah yang ditunjuk
Walaupun jalannya berbelok-belok
Harap-harap tempatnya elok
Bolehlah kami tumpang menyibuk

Jauh juga jalan disusuri
Tempatnya tenang, damai sekali
Rasa macam hendak berhenti
Hendak terus berjalan tak larat pula kaki

Sampai juga ke tempat ini
Tapi macam sepi tidak berpenghuni
Adalah seorang dua di sana sini
Yang penting tempatnya bersih tidak dicemari

Ada sungai mengalir lesu
Bolehlah berangan melepas sendu
Tapi hendak ke gigi air aku tak mampu
Duduk sahaja memerhati air yang lalu




Hanya sebesar ini kolam yang ada
Panas airnya tak sehangat asmara  mana
Bolehlah hendak berendam selagi terdaya
Selagi tidak mengganggu orang yang ada
Tiba masa bergerak pulang
Singgah di sini mengisi yang kurang
Sambil itu boleh membuang
Agar perut tidak meradang

Masuk ke Kuala Lumpur jalannya sesak
Tidaklah pula sampai berasak-asak
Lembutkan hati jangan bergasak
Asalkan selamat di hadapan rumah terpacak

Begitulah ceritanya di suatu Sabtu
Kami suami isteri memang begitu
Meluangkan masa bagai lama tak bertemu
Peluang yang tak pernah datang waktu anak-anak kecil dahulu

29 ulasan:

  1. alhamdulillah mak..boleh dah jln-jln sama ayah kemana-mana bedua kan ;) berjalan jauh rehat kene cukup ye mak..jaga diri mak ;)

    BalasPadam
  2. Indah laluan kakcik di Sabtu itu
    suami pula sentiasa merestu
    mana juga hala dituju
    bahagia jiwa menjadi satu:)

    BalasPadam
  3. jauh perjlanan nya tu..kakcik tak turun ke kolam air panas tu ke??kalau bawak budak seronok la ke tempat macam ni..

    BalasPadam
  4. romantik akak dan suami.hihi.
    time anak-anak dah besar masa ni lah kan boleh berjalan berdua-duaan.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah..bagus kak..inilah masanya meluang waktu bersama insan yang disayangi selalu..biar susah senang sentiasa bersatu moga akak sekeluarga sentiasa direstu.amin..

    BalasPadam
  6. KC....saya baca entri Kak Cik dah mcm baca pantun tau hihi.... Saya ada tag nama KC dlm entri saya Every Love Story is Beautiful kalau KC ada masa komenlah yer...

    Selagi ada hayat mereka kan KC, sekejap pun jadiklah dpt menjenguk mereka.Lepas dah tanggungjawab tu.
    Ronda ronda santai lepas tgk mil tu yg best....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wokehhh...kakcik dah komen di sana...hehehe

      Padam
  7. Amboihhh terra sunggoh panton dari ataih sampai bawah....satu nak tanya....Ghulam Rasool dengan Ghulam Nabi dari keluarga yang sama ka?

    Sunggoh aihh...bukan pasai apa, waktu kami pindah ke melaka dulu, rumah berek penjara tu dulu didiami Ghulam Rasool manakala abangnya pulak bernama Ghulam Nabi (or vice versa) yang merupakan seorang guru! Jadi bila Kakcik tuleh nama tu saya teruihh teringat kat depa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh...tak tahu pula kakcik kaitan antara dua nama itu. Bagaimanapun, Ghulam Rasul ni memang terkenal di Teluk Intan, sama macam Mastan Ghani... :)

      Padam
    2. klu singgah ke Restoran Ghulam Rasul tu selalunya pelanggan akan ambik ayam goreng, sedap kata mereka...
      Kat Mastan Ghani pula, paling sedap mee rebus dgn air jagung..

      Padam
  8. Kakcik kalau menulis macam ni syokla saya baca pun ala2 berpantun. Teringat zaman sekolah. Bercinta masa usia emas katanya. Seronok kan.

    BalasPadam
  9. nasib baik dekat destinasi di tuju kan ... bagaikan berdeting pulak abg chik dan kak chik ni

    BalasPadam
  10. sedap pulak baca kakcik tulis siap dengan gambar..lama lagi la akak boleh menulis cerita bergambar ni..3.6 nanti baru nak pi jumpa bujan acik tu,

    BalasPadam
  11. Pandai Kakcik menyusun kata, sesuai dengan gambar. Kalau saya nak suruh buat begini, malas terus taip entri ^_^

    Bila anak-anak dah besar banyak perkara yang kita terlepas, boleh dilakukan kembali tapi itulah, harapnya semoga kita diberikan kesihatan yang baik ketika itu.

    BalasPadam
  12. Salam Kakcik....Camtu la jg atie dan suami bila anak2 dah besar ni...masuk U..masuk asrama. :)

    BalasPadam
  13. Makchaq pernah singgah kat Gulam Rasul tu.. tapi singgah tandas ja..

    Sedapnya makan masakan mak... rindu masakan arwah Mak & MIL makchaq...
    Mak pakchaq pun dah tak boleh bangun.. tak nampak & ingatan pun dah tak ok... bila makchaq dok sembang2 dengan dia.. dia tak kenai pun makchaq...sedihnya...

    BalasPadam
  14. Amboi mak...captions ala2 pantun seronok SA baca

    BalasPadam
  15. wah kakcik bercerita sambil berpantun
    kami membaca terasa terhibur
    sedap duduk macam tak mau bangun
    apa lagi bila dihidangkan bubur

    BalasPadam
  16. ralit baca coleteh akak siap dgn gambar lg tu..=)

    BalasPadam
  17. wow cerita yang menarik sangat.. ooo iya kak kalau ingin tahu tentang cara membuat website yukk disini saja.. terimakasih

    BalasPadam
  18. pandai mak mengarang caption yang ala2 pantun :)

    BalasPadam
  19. kreatifnya kakcik, gulam rasul tu dekat sgt rumah ana kat kg kak cik hihi, mudah-mudahan suatu hari nanti kita dipertemukanNya, In Shaa Allah .

    BalasPadam
  20. Betul Kakcik. Masa anak2 kecik dulu, sibuk cari duit nak bela anak. Sekarang masa utk berduaan agar tidak stress

    Haritu CNY saya balik kampung berdua jer dgn Toklaki. Enjoy gak!

    BalasPadam
  21. seronok kakcik berjalan. dekat2 tu ada kolam air panas kan, tentu budak2 suka

    BalasPadam
  22. seronoknya hujung minggu kakcik, siap dengan pantun bagai. Sangat kreatif :)

    BalasPadam
  23. kalau balik teluk intan tak sah kalau tak ke Ghulam rasul

    BalasPadam
  24. macam saya juga, balik kampung tidak duduk lama.

    kenapa dan mengapa... itu antara saya dengan Tuhan!

    BalasPadam
  25. Salam Kak Cik Seroja, lama sungguh saya tak menjenguk ke sini... makin a come back to bloggosphere... silalah jenguk-jenguk blog saya semula yang dah bersawang..baru bersihkan ...hihi

    BalasPadam
  26. http://www.sinarharian.com.my/mobile/wow/awqaf-zuriatcare-bantu-atasi-gejala-buang-bayi-1.523952

    Tabung Wakaf ZuriatCARE No Akaun Semasa Bank BIMB16018010022853 AWQAF HOLDINGS BERHAD.
    019-2850177 Pn Ezlin Farhana.

    Untuk seminar zuriat:

    1. Sms nama penuh ke pn ezlin & mention seminar zuriat

    2. Bank in rm10 ke Tabung Wakaf ZuriatCARE No Akaun bimb 16018010022853.

    3. Wasap bukti bank in ke pn ezlin

    4. Ya, that's all :D

    Semoga berjaya dapat seat!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com