Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 29 April 2016

Resepi Ikan Siakap Ala Thai Nata de Coco...

...oleh Chef Azli Razali (gambar dan resepi dari facebook Impact Lady Management)


Bahan - Bahan

1 ekor ikan siakap
2 labu bawang besar *
5 ulas bawang putih *
2 batang serai *
2 pokok daun ketumbar *
10 biji cili padi hijau *
2 sudu besar sos nampla
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu serbuk cukup rasa
2 pokok daun kesum
1/2 cawan nata de coco ( Perisa Laici )
Sedikit asam keping
* - dikisar

Cara - cara

1. Goreng ikan hingga garing.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga harum dan garing.
3. Setelah bahan ditumis sudah agak garing, masukkan sos nampla, sos cili, sos tomato, asam keping, cukup rasa dan nata de coco. Perisakan dengan gula.
4. Tuangkan bahan ditumis ke atas ikan dan taburkan daun ketumbar.

Rabu, 27 April 2016

Apa itu Impact Lady Management?...

Dalam catatan sebelum ini  aku ada bercerita tentang program yang aku hadiri di Sg Besar, Selangor. Program itu adalah anjuran Impact Lady Management dengan kerjasama Chef Azli Razali.


Impact Lady Management adalah sebuah pertubuhan yang masih baru. Diterajui oleh beberapa orang wanita, matlamat/objektif penubuhannya adalah untuk :

- melahirkan lebih ramai usahawan dan pakar di bidang masakan serta menggalakkan lebih ramai bumiputera menceburi bidang keusahawanan

- melihat dan mempelajari dunia sebenar dunia masakan dan perniagaan

- berkongsi pengetahuan dan bertukar pendapat antara peserta dan chef bagi mewujudkan masyarakat yang berdaya maju

- mewujudkan rangkaian (network) di kalangan para peserta di seluruh negara

- mewujudkan kerjasama antara Impact Lady Management dengan Tourism Malaysia

- menarik minat masyarakat untuk mendalami budaya kehidupan masyarakat Malaysia

- memperkenalkan pakej pelancongan yang berkonsepkan kulinari kepada masyarakat

- menggalakkan pelancongan dalam negara kepada masyarakat kerana ia lebih menjimatkan

Program yang dirancang tidak hanya kepada kumpulan sasaran tertentu sebaliknya terbuka kepada semua, dari anak-anak sekolah hingga kepada warga emas yang mampu mengikuti program yang dijalankan.  Kos untuk mengikuti setiap program juga adalah dalam lingkungan 'mampu bayar' dan tidak membebankan.

Selain itu, ILM juga turut mengadakan kelas-kelas agama, seminar, kursus dan kem untuk pelajar sekolah.  ILM juga bertindak sebagai penganjur (organizer) untuk peserta program INSAN Selangor bagi kategori ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah.

Untuk program yang akan datang, ILM juga merancang untuk ke Trengganu bagi Program Destinasiku~linari bersama Chef Azli.  Program tersebut juga dalam perancangan untuk diteruskan di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

Memandangkan Impact Lady Management ini merupakan sebuah pertubuhan yang 'masih muda', wang tabungan bagi menjalankan sesuatu projek/program adalah sesuatu yang agak membebankan. Oleh yang demikian, pihak ILM sangat mengalu-alukan sekiranya ada badan atau orang perseorangan yang sudi menghulurkan sumbangan bagi tujuan kebajikan yang mereka akan jalankan.  Boleh hubungi pihak ILM di laman facebook mereka.

p/s : ini bukanlah catatan berbayar atau kakcik punya apa-apa kepentingan di dalam ILM. Hanya sekadar sumbangan kecil bagi membantu kawan yang ingin melakukan kebajikan.

Dah kenapa ?...

...bila hari Rabu sahaja, kebelakangan ini wajah Muhammad Qaid Darwish yang muncul di blog nenek...

Itu maknanya nenek memang tak tahu nak tulis apa.  Ada sebenarnya bahan, tapi sebelum menulis kena fikir-fikirkan sama ada ia sesuai untuk disiarkan.  Iyalah, bak kata pepatah :  terlajak perahu boleh diundur (itu pun kalau tak bocor), terlajak kata buruk padahnya...

Kalau kawan-kawan nenek tak suka tengok wajah Qaid, tekan sahaja    X   di hujung atas sebelah kanan tu, ya.  Nenek tak marah pun.  Kehendak orang mana boleh dihalang, kan? :)



Qaid nak buat hebahan sedikit untuk yang sudi membaca.  In shaa Allah tak lama lagi, sekiranya semua rancangan berjalan lancar dan dengan rezeki yang ditetapkan Ilahi, sebahagian dari koleksi jubah keluaran Darwish Rich Design akan muncul dalam satu rancangan televisyen (bukan stesen tv berbayar).  Doakanlah ya.  Terima kasih...

Antara design yang akan diperagakan nanti.  In shaa Allah.

Selasa, 26 April 2016

Apa dah jadi dengan siikan keli?...

...sedikit sambungan dari CATATAN INI...

Gambar -gambar berikut diambil dari facebook Impact Lady Management dan aku edit sesuka hati ...

Ikan keli yang ditangkap itu akhirnya disiang, dimasak, dihias dan diadili untuk mencari pemenang siapakah yang 'benar-benar pandai' menyediakan hidangan ikan keli yang 'enak dimakan begitu saja' (pandai-pandai saja aku membuat andaian sendiri...)

kalau bagi kat aku, entah apalah yang akan jadi dengan ikan-ikan keli itu...

siang jangan tak siang, jangan siang menjadi malam...

bersedia untuk memasak mengikut kepakaran masing-masing...

...dah siap dan bersedia untuk diadili oleh Chef Azli Razali...

...dan inilah juaranya - Pn Ida Mahmud @ Ida Nyanyisunyi
Acara terakhir pada petang itu adalah demonstrasi masakan oleh Chef Azli Razali...


Bahan-bahan untuk memasak Siakap Masak Nata de Coco katanya...
Bukan main bergaya Chef kita ni...
Marilah kita mula memasak.
Alamak! Apa resepinya, ya?
Eh...eh... mana gambar hidangan yang sudah siap dimasak?  Mesti tak sempat ambil gambar, dah kena makan ni... ish ish ish...

Isnin, 25 April 2016

Program Destinasiku~linari bersama Chef Azli di Sg. Besar, Selangor...

Tarikh : 23/04/2016 (Sabtu).

Aku di'jemput' untuk menghadiri program ini oleh Pn. Mimiey Mokhtar dari Impact Lady Management.  Memandangkan suamiku tidak punya apa-apa program pada hari tersebut, maka kami bersetuju untuk hadir walaupun tidak dapat bersama mereka untuk sepanjang aturcara...


Aku dan suami keluar dari rumah lebihkurang jam 7.40 pagi.
Jerebu mengiringi perjalanan sampaikan aku sempat berangan
kononnya berada di negara yang dingin hawanya...

Beberapa kilometer sebelum tiba ke destinasi, terserempak dengan kemalangan ini.
Seperti biasa, En Suami akan turun untuk mendekati.  Agak teruk keadaan mangsa.
Setelah pasti ada yang telah menelefon 999, suami kembali ke kereta.
Kali ini dia hampir pitam melihat banyaknya darah,  mungkin kerana perutnya masih kosong.

Tiba ke Homestay Sg. Haji Dorani di mana acara sedang berlangsung.
Empat wanita itu adalah tenaga penggerak Impact Lady Management,
manakala jejaka yang seorang itulah Chef Azli Razali yang kian dikenali...

Indahnya pemandangan walaupun cuaca panas berbahang...
Seterusnya mari kita melawat ke Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) di sekitar kawasan ini :

Melawat sambil belajar ke Kilang Nata De Coco
Keterangan gambar : No. 2 - 6 jenis perisa Nata De Coco yang dijual (RM10.90 utk 3 bekas)
No : 3 - terdapat juga makanan ringan seperti kerepek, tapai ubi malahan spaghetti dijual
No : 4 - di antara para peserta yang hadir sedang kusyuk mendengar taklimat

No : 1 - pemilik kilang sedang menceritakan sejarah dan khasiat nata de coco
No : 2, 3 dan 4 - sebahagian kilang memproses dan membungkus nata de coco

Destinasi seterusnya ialah ke Perusahaan Kerepek Siti Sharifah.
1.  Pelbagai jenis kerepek (pisang/ubi/keladi/bawang dan lain-lain) dijual dengan harga RM10.00 untuk 4 peket
2.  Sebahagian tempat memproses/menggoreng kerepek
3.  Antara kerepek/keropok yang sedang dijemur
4. Tempat memproses kerepek bawang/kuih kapit

1. Mesin untuk menipiskan kepingan adunan kerepek bawang
2. Adunan kerepek bawang dalam bentuk seperti kepingan papan sebelum dimesin nipis
3 dan 4 : Kepingan yang telah dinipiskan (dua lapis bewarna putih dan coklat) digulung
secara manual sebelum dipotong dengan mesin untuk mendapatkan potongan yang sekata
(kami tidak dibawa ke tempat kerepek ini dipotong dan digoreng)
Pada pemerhatianku, penambahbaikan boleh dibuat dari segi pekerja perlu memakai
sarung tangan dan penutup mulut dalam melakukan proses ini.

Pembuatan kuih kapit secara manual.
1. Hanya 4 alat pembakar kuih kapit digunakan dengan  seorang pekerja
2.  Alah bisa tegal biasa.  Cekap wanita ini membuat kerja.
3. Antara kuih kapit (yang digulung) yang telah siap sebelum dibungkus
4.  Alat pembakar kuih kapit yang digunakan

Seterusnya ke tempat membuat kuih bahulu.
1.  Telur yang sedang diadun (dulu-dulu ibuku memukul telur menggunakan sepenuh tenaganya)
2. Bahulu sedang dibakar (ibuku membakar bahulu menggunakan api dari sabut atau arang)
3.  Bersusun ikan menanti masa untuk berenang dibungkus
4.  Silalah makan saya

Selesai lawatan, balik ke homestay untuk makan tengahari, solat dan berehat sebelum aktiviti seteerusnya.


Hampir jam 3.00 petang, aktiviti di sawah bermula...
1. Yang tak biasa turun ke sawah, bolehlah cuba-cuba 'bermanja dengan selut dan lumpur'.
2.  Cuaca sangat panas sehinggakan En Suami 'bertudung' dengan baju Melayunya.
3.  Penerangan sedang diberi untuk acara menanam padi.
4. Pn Mimiey Mokhtar, orang kuat Impact Lady Management

Yang ini pula acara menangkap ikan keli...
1.  Pn. Mimiey sedang melepaskan ikan keli yang telah dibuang sengatnya
2 dan 3 : Jom cepat tangkap, siapa cepat dia dapat
4.  Kenal tak dengan wanita kecil molek ini?.  Pn Ida Nyanyisunyi yang dulu aktif berblog tapi
sekarang blognya terus sunyi-sepi...
...bersambung sedikit lagi nanti...

Khamis, 21 April 2016

Karipap inti telur rebus...

eh...eh...maaf.  Bukan nak bagi resepi, cuma nak tunjuk gambar sahaja...

Beberapa hari lepas, En Suami bawa balik karipap ini yang
dibelinya di sebuah pasaraya.  Sedap.  Intinya ada telur rebus separuh.
Semalam dia bawa balik lagi.
Eh...telur rebusnya dah jadi 1/4 biji sahaja!
Tak apalah...sekarang semua barang dah naik harga...
Nampak tak gambar sebelum dan selepas ini?
Nasi lemak bajet (RM1.50 sahaja) airtangan blogger CPL
Sedap tau.  Kalau ada yang berminat atau ingin menempah,
(kawasan Ampang, Pandan Indah dan Pusat Bandar Kuala Lumpur)
bolehlah bertanya kepada beliau di instagram suzilawa.  Selain
nasi lemak, beliau juga menyediakan sandwich dan kuih-muih
mengikut permintaan...

Rabu, 20 April 2016

3 hari sahaja lagi, jangan lepaskan peluang ini...

jom-jom...

Pendaftaran masih dibuka kerana ada kekosongan tempat dan khabarnya ada potongan harga untuk yuran penyertaan, jadi jangan lepaskan peluang ini...

(gambar-gambar diambil dari facebook Mimiey Mokhtar)

Aktiviti menangkap ikan keli...
Anda juga berpeluang menikmati keindahan sawah padi di Sg Besar ini nanti...





...juga berpeluang melawat kilang memproses Nata de Coco (sediakan duit untuk membeli, hehehe)...


,,,dan ada macam-macam aktiviti lagi termasuk demo masakan
oleh Chef Azli Razali...


Jangan suka mengintai...

Nenek kata, dia tahu ada yang masuk mengintai ke sini setiap hari.
Nenek kata lagi, kalau mengintai untuk mencari ilmu atau sekadar
hendak membaca, tak mengapalah.  Tapi, janganlah masuk ke sini
semata-mata hendak mencari bahan untuk 'membuat cerita dan
menjadi pengadu domba'...
Karipap ini Atok beli di pasaraya.
Nenek kata sedap.  Pertama kali nenek makan karipap inti telur.
Hendak ke?  Kenalah beli atau buat sendiri, ya...

Selasa, 19 April 2016

Cara-cara membuka kotak Codi Cafe...

...ini betul-betul catatan kehilangan ilham namanya...

Kebetulan dapat Codi Cafe hasil cabutan bertuah (sumbangan Asia Biotech Herbal ) dan ternampak ada yang membuka kotak secara ikut suka, maka marilah makcik kongsikan cara bagaimana hendak mengeluarkan isi perut kotak tersebut...

Sebelum tu nak bagitahu, rasa codi cafe ini sedap juga dan dengan meminumnya boleh membuatkan hilang rasa mengantuk.  Bila minum sebelum tidur, terkebil-kebil sampai pukul 1 atau 2 pagi belum boleh lelap lagi...hahaha (bagi makcik lah, orang lain makcik tak tahu...)

Inilah kotaknya

Nampak tak sayap kecil (kena tarik sedikit) itu?

Tarik sampai tertanggal...

Keluarkanlah isi perutnya dari situ...

Tuang ke dalam setengah cawan air yang betul-betul panas.
Kacau dan sedia untuk diminum.

Isnin, 18 April 2016

Sedikit gambar di Sepetang Bersama Blogger (SBB2016)...

(semangat untuk mengemaskini blog kian suram)

Ini adalah kali kedua aku menghadiri perhimpunan Sepetang Bersama Blogger. Kali pertama adalah pada tahun 2014 di Salomo Bistro.  Perhimpunan ini telah dimulakan oleh Denaihati Network pada tahun 2012. Mungkin hanya pada tahun ini ianya tidak diadakan pada sebelah petang, sebaliknya hampir seharian iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Bagaimanapun, aku hanya berada di majlis ini sehingga lebihkurang jam 2.00 petang kerana perlu ke Shah Alam semula untuk mengambil anakku.

Jam 7.00 pagi aku dan suami sudah sampai ke Jalan Dang Wangi.
Kami keluar rumah selepas Subuh kerana manghantar anak ke Shah Alam.
Dari Shah Alam terus ke sini.  Tidur dulu dalam kereta dan jam 8.00
turun bersarapan.  8.30 baru naik ke dewan.

Senyum tak perlu kata apa-apa,
hati di dalam siapa yang tahu.

Aku dan suami terserempak dengan 'anak-anak' yang baik ini.
Ajak mereka bergambar sekali.  Mesra walau pertama kali bersua.

'Bintang' yang tak perlu diperkenalkan lagi...

'Pengarah Program' yang sentiasa sibuk...
"hai Kid"

Ditempatkan di meja no 1.  Berhampiran dengan meja tetamu khas,
tapi aku sangat malu untuk mendekati mereka...

Akhirnya kami bertemu di sini.  Izwa yang comel dan kecil molek
walau sudah punya 3 cahayamata...

Hanya aku yang kertu di situ...

Yuyu Atiqa yang sanggup 'terbang' dari Pulau Pinang untuk
menyertai perhimpunan kali ini.  Aku terharu bila dia mencariku
untuk bertemu sekali lagi selepas pertemuan kami di tahun 2014 dulu.

Terima kasih Puan Roslina dari blog littlemunas.com
kerana sudi menyapa dengan ramah sekali...

Bersama Boni Kacak...

Bersama blogger Alin Marlini (alamak! kenapa tak
dapat pula pautan blog Alin ni...)

Bersama Yeop Mazri yang datang dari Sabak Bernam...

Meriah...

En. Hisyamudin Fadzil a.k.a Pengarah Program yang tidak duduk diam
bagi mempastikan majlis berjalan lancar...

Pelbagai gelagat...

Berebut-rebut untuk bergambar di booth  Kotak Lensa

Nanas madu dibekalkan oleh blogger Hazman Fadzil habis licin licau
kami makan kerana sangat sedap dan manis (kalau masam memang
aku tak makan).  Rasa macam nak minta dari meja sebelah yang
macam tak berusik pun.  Rugi siapa tak makan tau...

Ada maskot Upin Upin kerana Les' Copaque Production juga
merupakan salah satu penaja bagi perhimpunan ini...

Hidangan makan tengahari.  rasa macam hadir majlis kahwin pula...

Norman dan Memey juga datang sebagai duta kepada Oceanlife
iaitu pengeluar produk kecantikan dan kesihatan Ephyra...
Antara barangan yang ada dalam beg yang diterima.
Ada mee segera, ada air minuman Yeo's,
ada minuman Upin Ipin, ada buku-buku
motivasi Dr Azizan Osman dari Richworks Group
 
Inilah hadiah cabutan bertuah yang aku
menangi.  Codi cafe dan Codi Teh Tarik
sumbangan Asia Herbal Biotech Sdn. Bhd