Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 8 Januari 2016

Ruginya bila tak boleh memandu sendiri...

Iya, aku punya lesen untuk memandu kereta.
{abaikan ejaan namaku yang salah itu... :( }
Bulan November nanti, sudah 20 tahun usia lesen ini.
Tapi untuk tempoh itu, aku hanya pernah memandu HANYA sebanyak 2 kali.
Iya, DUA kali untuk jarak yang agak jauh,
Kedua-duanya ke rumah adik-adikku.
Satu di Shah Alam dan satu lagi di Selayang.
Selain dari itu - TIADA
En Suami tidak membenarkan aku memandu atas alasan-alasannya
yang kadangkala tak  boleh diterima akal. Sekiranya aku memandu
dan dia berada di sebelahku, aku akan menjadi amat-amat terganggu.
Itu tak boleh, ini tak boleh.  Pendek kata, semuanya tak boleh -
hatta memasang radio!
Sudahnya, aku pasrah - TAK PAYAH MEMANDU!!!
Betul pula ejaan namaku di sini.
Saban tahun, aku hanya memperbaharui lesen memanduku.
Percuma sahaja aku derma ke JPJ RM30.00 setahun
(sebelumnya RM20 setahun).
24/08/2015 - pada hari ulangtahun kelahiran ke 54 tahun lepas,
lesen memanduku tamat tempohnya.  Aku membuat keputusan
untuk tidak menyambung talian hayatnya.  Biarkanlah...

Selepas lebih setahun aku bersara, aku terfikir alangkah bagusnya jika aku boleh memandu sendiri. Senang hendak lari dari rumah bila ada masalah.  Setidak-tidaknya senang untukku ke kedai bila barang dapur kehabisan atau ke masjid untuk mengikuti kelas-kelas pengajian. Mungkin belum terlambat untukku memandu semula, tapi keyakinanku bagai sudah tiada.  

Biarkan sahaja kereta itu duduk tertonggok menjadi gajah putih di hadapan rumah. Dua kali aku pernah membeli kereta Kancil, tapi akhirnya dijual semula. Sejak beberapa bulan lepas, kereta Myvi  Along berada di rumahku kerana dia tidak menggunakannya lagi.  Aku sambung bayar ansuran bulanannya.  Hendak dijual, sayang kerana keadaannya masih elok dan hutang pun sudah tidak banyak. Sekarang suamiku bawa kereta itu pergi balik kerja kerana lebih jimat dari segi penggunaan minyak dan mudah hendak menyelit. Tersadailah Innova di hadapan rumah dan akan digunakan pada masa-masa yang difikirkan perlu.

Aku???  Beginilah juga.  Harapkan pada yang sudi memandu ke mana-mana...

23 ulasan:

  1. saya langsung tak boleh memandu tapi en suami asyik duk suruh ambil lesen begitu juga dgn kekawan..tapi saya dah tua pun..rasa malas pula..

    BalasPadam
  2. Abang tu sayang sgt dgn kakcik. Bimbang jadi sesuatu sampai sanggup jadi driver isterinya nak kemana pun. Untunglah kakcik.
    Macam kakak ni kena urus sendiri huhu...

    BalasPadam
  3. akak renew la kak..tak apa walau tak memandu pun...samalah kak PC pun renew je..hihi..lama2 jadi takut nak memandu...

    BalasPadam
  4. sygnya kakcik renew lesen tiap thn tp tak bwk kete... cube2 lah start2 enjin n round dkt2 umah mana tau pasni trs nk bwk kete semula....

    BalasPadam
  5. samalah kita kakcik..dah boleh buat frame dah lesen tu..tiap tiap tahun diperbaharui..manalah tau..kot kot.mengidam nak drive sendiri..nekcik tak lah perlu sangat nak drive..sebab chauffeur pribadi selalu ada..he..he...nekcik jadi ko pilot jerlah

    BalasPadam
  6. Cuba mak ajak ayah jln2 petang. Pasti mak drive kat jln yg lengang. Tgk ayah bg tak. Klu dia tak bg psg radia mak x yah la pasang. Mana tau lulus kat mata ayah, dpt la mak keluar beli barang klu terdesak.

    Saya pula bkn pemandu mahir jika ada anak2. Radio mmg tak akan bukak sbb x boleh fokus. Anak takda sy blh pandu tanpa rasa berdebar

    BalasPadam
  7. Kakcik,
    Macam sama cerita kita.Kereta ada,lesen ada.Yg tak ada keyakinan.Lebih lagi bila JPJ tak bertauliah ada sebelah.

    BalasPadam
  8. kak cik sama macam sepupu ana, tiap tahun renew kami suh frame kan saja lesen dia hihi.. kak cik in shaa allah boleh, cuba lah dekat2 dulu ye..ke kedai ke, lama2 biasa nanti.:)

    BalasPadam
  9. masih belum terlambat untuk renew dan belajar memandu semula kak cik ...u can do it

    BalasPadam
  10. takpe kakcik ada yang sudi hantarkan ke mana-mana....
    saya pun peram jer lesen yang dah dekat seabad dimiliki...
    renew jer beriya..5 tahun sekali.

    BalasPadam
  11. Rm30 tak Mahal BERBANDING kena belajar semula. Renew je. Manatau emergency. Laki kena heart attack kah. Bukan doa. Just precaution :D

    BalasPadam
  12. Try2 la bawak myvi tu.. inova mungkin gayat sebab besar.. insyaAllah boleh..
    Tp kalau ada driver buat apa nak susah2... makchaq pun kalau ada yang nk hantaq sana sini memang tak.mau bawak kereta sendiri.

    BalasPadam
  13. Bawakla keta. For emergency reason. Bukan minta bala. Tapi keperluan. Saya pun dah lama tak Drive jauh. Takat p Giant 2km je.

    BalasPadam
  14. saya kalau suami sebelah memang takleh bawa kereta,ada je komplen dan komennya

    BalasPadam
  15. Kembali memandu kak. Tunggu keyakinan kak memandu dengan lancar pasti akan membuahkan kepercayaan. Lelaki memang lain... Sama cam saya... Baik saya memandu lagi huhu

    BalasPadam
  16. assalamualaikum kakcik...kalau nak cuba bawa semula boleh jer kak tapi kena slow2 n dekat2 dulu...lama2 nanti pasti boleh memandu sendiri...semoga akak akan terus ada keyakinan utk memandu sendiri...in sha Allah...

    BalasPadam
  17. Abg sayang kat akak. Sebab tu dia risau agaknya akak memandu.

    BalasPadam
  18. yg best bila tak memandu ni kita boleh tidurrrrr.. hehehe

    BalasPadam
  19. Kena juga bawa kereta kakcik
    Best...
    Nak kemana2 mudah..

    BalasPadam
  20. Memang rugi tau Kakcik kalau tak memandu sendiri. Macam kakak saya. Duduklah di rumah sebab dia tak pandai memandu. Kalau nak ke mana, terpaksalah naik bas, naik teksi atau naik LRT. Bila anak bekerja, pandai-pandailah nak makan di rumah. Nak beli barang dapur pun kena tunggu anak free. Menyesal tak sudah kakak saya jadinya muda-muda dulu tak belajar memandu sampai pandai.

    BalasPadam
  21. Dulu, en. suami risau bila saya pandu kereta, dia dok sebelah, dia tak yakin.. tapi saya ok je.. sekarang, pantang tengok en. suami tidur sebelah terus ku tekan lagi laju.. ekekeke..

    BalasPadam
  22. Mmg betul KC kalau pakwe duk sebelah time kita drive, mmg tak aman haha....kadang kadang boleh bergaduhlah...
    Ruginya KC....mula mula biasalah mmg takut, lama lama dah boleh jadi racer tau haha

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com