Ini Adik hari ini Adik tak ke sekolah Adik demam harap Cikgu faham Adik bukan tak mahu belajar tapi Adik betul-betul demam tekak adik pun perit dan sakit |
Kalau minggu lepas aku bermandi peluh ketika memasak dan beberapa kali mandi / bertukar pakaian sehari kerana tak tahan dengan bau sendiri, sehari dua ini aku rasa seram sejuk pula. Sesekali aku rasa 'hilang' dan kepala macam bergoyang.
Dari semalam Adik mengadu sakit tekak. Aku suruh minum air banyak-banyak dan makan ubat. Pagi ini bila adik mengadu masih tak sihat, aku tetap suruh dia ke sekolah. Adik bersiap dan solat Subuh tapi dia merengek kata tak larat. Akhirnya aku akur untuk membenarkan dia tidak ke sekolah. Nanti kalau dia tumbang di sekolah, siapa yang susah, kan?
Sana sini aku baca kawan-kawan yang mengeluh kepanasan. Ada yang terpaksa membiarkan pendingin hawa terpasang di rumah sepanjang hari. Aduh, ini baru panas di sini. Di 'sana' nanti, tak terbayang bagaimana pula panasnya. AllahhuAkbar!
Petikan dari : http://al-atsariyyah.com/panasnya-api-neraka.html
Allah Ta’ala berfirman:
فَأَنذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظَّى
“Maka aku peringatkan kalian dengan api neraka yang menyala-nyala.” (QS. Al-Lail: 14)
Allah Ta’ala berfirman:
كَلاَّ إِنَّهَا لَظَى. نَزَّاعَةً لِّلشَّوَى
“Sekali-kali tidak, sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergejolak, yang mengupas kulit kepala.” (QS. Al-Ma’arij: 15-16)
Allah Ta’ala berfirman:
فَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
“Maka takutlah kalian kepada neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan bebatuan.” (QS. Al-Baqarah: 24)
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:
نارُكُمْ هَذِهِ الَّتِي يُوْقِدُ ابْنُ آدَمَ جُزْءٌ مِنْ سَبْعِيْنَ جُزْءاً مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ، قالُوا: وَاللهِ يا رسولَ اللهِ إِنْ كانَتْ لَكافِيَةً، قالَ: فَإِنَّها فُضِّلَتْ عَلَيْها بِتِسْعَةٍ وَسِتِّيْنَ جُزْءًا كُلُّها مِثْلُ حَرِّها
“Api kalian ini yang dinyalakan oleh anak cucu Adam hanyalah 1 bagian dari 70 bagian dari panasnya api Jahannam. Mereka berkata, “Demi Allah wahai Rasulullah, api di dunia ini saja sungguh sudah cukup (untuk menyiksa).” Maka beliau bersabda, “Maka sesungguhnya api jahannam dilebihkan 69 kali lipat panasnya, dan setiap bagiannya (dari 69 ini) mempunyai panas yang sama seperti api di dunia.” (HR. Al-Bukhari no. 3265 dan Muslim no. 2843)
skang mmg el nino kan..tp takut lg panas kat sana T_T
BalasPadamMmg panas KC .....tak tahan rasanya, saya ni duk menghantar, mengambik anak, mak aiii mmg pergh!! Panasnya....
BalasPadamCikgu pun mmg suruh duk rumah kalau budak budak tak sihat. Moga adik cepat sembuh yer. KC pun sama yer, org tuatua ckp time panas panas gini jgn terus mandi KC....org katalah....
Saya pon dok minum air berliter-liter untuk mengelakkan suhu meningkat..
BalasPadamanak saya pun dah start selsema n batuk,
BalasPadammemang panaslah sekarang ni... awal mlm lg dah pasang ekon
Moga dik cepat sembuh..
BalasPadamAnak saya yg najeeha pun tidak sihat..
Pastu selsema pulak..
Pagi tadi gi sekolah juga tu..
Minta2 ok lah dia disekolah..
smpai ke bln 3 nun tuh kakcik oi pns gini.... sbb tu skrg musim dmm n tonsil kan kalu kurang minum air mmg lah tak tahan ngn kepanasan nih...
BalasPadamAlahai kesian pulak tengok adik. Ini baru minggu ke dua sekolah kakcik.
BalasPadamJangkaan el-nino sehingga Jun kakcik bayangkanlah macam manalah bebudak balik sekolah tengahari terik..
Anak tidur berekon jelah kakcik. Samalah kita pun mandi berkali2.
BalasPadamtulah kakchik ...baru panas dunia... tapi betul kakchik panasnya membahang . malam kena bukak aircond n kipas sekali
BalasPadamskrg cuaca panas membahang... kita di nasihatkan minum air banyak....
BalasPadamsemoga adik cepat sembuh...
Allahuakhbar takut saya kak... panas di dunia pun terasa perit... di akhirat sana lebih 69 kalinya panas...subhanallah...
Moga adik cepat sembuh ya...Allahu...musim panas ni kak...memang usaha minum air masak lebih...
BalasPadamsungguhlah peringatan, bagi mereka yg mahu mengingati...
BalasPadam