bila bangun dari tidur
selepas mengucapkan syukur
kemaslah tempat pembaringanmu
jangan kusut masai tinggalkan ia bagai berhantu
bila selepas makan
kemaskan segala piring dan pinggan
sudu garfu jangan tinggalkan
bawa ke sinki dan terus basuhkan
di rumah sendiri jangan berlagak tuan
bila bangun dari kerusi
tolakkan ia ke bawah meja
jangan biarkan begitu sahaja
walaupun di kedai makan
bukannya berat hendak dilakukan
kalau kegunaan sendiri pun susah hendak diuruskan
bagaimana kehidupan hendak diaturkan
jangan selamanya hanya tahu memberi arahan
hakikatnya dirimu banyak kelemahan
bila ditinggalkan bersendirian
akan terkapai-kapai kamu lemas di daratan
betul la tue
BalasPadamKAK CIK KADANG TU BILA MALAS MENGUASAI DIRI JGN KATE KEMAS TMPT TIDO NK BGN DR TMPT TIDO PUN TAK MAU ...HEHEHE
BalasPadamYg itu kalau anak-anak kakak tak ada masalah kakcik
BalasPadamTAPI... ada satu yg sakit mata kakak - bila angkat ampaian, hanger baju tak disusun balik. Baru semalam kakak ingatkan anak dara kakak yg sedang bercuti sekarang ni.
jgn kata orang, anak sy hari2 perlu diingatkan perkara no 1 tu.. hari2 ulang benda yang sama.. perkara2 lain tu tak ada masalah.. Alhamdulillah
BalasPadambetul tuh kakcik.... bila sudah di ajar asuh dari kecik insyallah dh besar tau menjaga diri, tau nk beradab
BalasPadamMekasih atas peringatan mak.
BalasPadampesanan mak adalah untuk kebaikan kita semua...
BalasPadamhahahahahahaha...semuga menjadi panduan kepada yang muda dan tua juga!
BalasPadamKadang2 budak2 ni kita bersyarah sampai nak terkeluar gigi pun mereka masih buat2 tak paham. Hingga tiba ke satu peringkat kesedaran itu akan datang sendiri tanpa disuruh2 lagi.. Saya bercakap mengenai pengalaman membesar anak2 saya, mungkin lain orang lain pengalamannnya...
BalasPadamInilah pesan mama PC dari dulu sampai la sekarang dah jadi isteri...hihi...dan jawab PC..ya ma..in sha Allah ma...
BalasPadamterima kasih ingat kan kak....
BalasPadam:-(( yan memang terlebih rajin kemas tempat tdo...huhu
betul mak..
BalasPadamassalamualaikum kakcik...betul apa yg dikatakan tu...selalu juga pesan kat anak2 buat tu semua...:)
BalasPadamPesanan yang bagus untuk di amalkan. Terima kasih kongsi ni akak.
BalasPadamSaya suka semua di atas sebab itulah rutin yang saya buat.. di kedai makan apatah lagi.. sekurang2nya saya tak tinggalkan bersepah2 macam biasa yang kita jumpa, kita lihat.
BalasPadamTak kira lelaki perempuan.
BalasPadamTua atau muda.
betul tu . kalau benda kita dah biasa buat, kat mana-mana pun tak rasa berat nak praktikkan.
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik,
BalasPadamMak Long membesar di asrama. Pagi2 mesti kemas katil. Latihan tu membawa sampai sekarang, betulah kata-kata alah bisa tekal biasa kan.
betul tu kak cik! lagi satu, lps mandi tlg sidai tuala! jgn diperap smpi kepam! ;-)
BalasPadamPerkara remeh semuanya tu, Kakcik tapi saya tak fahamlah masih ramai lagi yang tak mampu nak buat. Macamana nak menguruskan kehidupan yang lebih mencabar daripada itu semua?
BalasPadamSemua ibu ibu pun mengharapkan anak anak buat yg KC pesan tu....
BalasPadamTp biasalah.....perkara senang yg kadangkala mereka selalu terlupa nak buat....
ibu2 memang akan banyak pesan pada anak-anak. biasalah anak2 pula lupa saja
BalasPadam