Kawan-kawan kakcik

Khamis, 10 Disember 2015

Usia tujuh tahun dianggap dewasa?...



janganlah buat-buat terlepas pandang
kononnya masalah rakyat sedang dibincang
tolong cabutkan sembilu yang sedang mencucuk tulang

disuruh kami menaiki pengangkutan awam
rupanya dalam senyap leher kami ditekan
bila kami tak mahu diam
dikatakan kami suka melawan

ditunjukkan segala kemudahan
katanya demi kesejahteraan masa depan
tapi andai dari sekarang kami tertekan
apa lagi yang tinggal untuk kami makan

perkhidmatan apa yang belum naik harganya
cepat-cepatlah tengokkan sama
manalah tahu ada peluang terbuka
hisaplah darah kami hingga titisan akhirnya...

15 ulasan:

  1. Masih lagi kita dianggap tunggul mati
    Menganggap rakyat tak ada telinga dan hati

    BalasPadam
  2. Tu lah kakcik..
    Umpama anjing menyalak bukit :(

    BalasPadam
  3. Tak tahulah. Minyak naik.. disuruh pakai pengangkutan awam. Tapi tambang pun naik....

    BalasPadam
  4. suara kita didengari bila time mengundi tiba

    BalasPadam
  5. kakcik... kalau ada wakil rakyat ke sesiapa bersuara psl nih kang di kata lak melawan pak PM, kalu tak di suarakan buat2 buta makin mencekik leher lak...

    BalasPadam
  6. yg lantang bersuara disenyapkan terus .... nak buat mcmana ....

    BalasPadam
  7. cari glamer je tu, padahal diri sendiri tu menteri

    BalasPadam
  8. Takder ke cara kita pulak senyapkan dia ek?

    BalasPadam
  9. Tak sampai sejam lepas KJ dengan penuh semangat menjerit minta jangan dinaikkan lagi harga, mereka beri respons atas ucapannya dgn menaikkan harga. Cepatnya mereka bertindak tak hormat dengan Menteri langsung!

    BalasPadam
  10. Salam Kak cik. kita rakyat biasa ni mcm dipandang sebelah mata aje, langsung x diambik kira pandangan nyer...

    BalasPadam
  11. janji dicapati.. bagi je depa makan capati bebanyak..

    BalasPadam
  12. Lepas ni TNB pulakkan, Kakcik. Nanti adalah mana-mana menteri yang kata kalau tak nak bayar bil elektrik mahal-mahal, apa kata guna lilin aje kat rumah. Senang sikit rumah terbakar!

    BalasPadam
  13. Undilah UMNO lagi. Tq rakyat Malaysia yang bijak semua :P

    BalasPadam
  14. Agak agaklah kalau nak ambik untung pun ....huh....
    Mereka yg atas atas ni tak waras kot KC...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com