berat ni... |
...tapi nilainya mungkin tak seberapa. |
Zaman aku masih anak-anak hingga belasan tahun dulu, jumpa wang syiling sekupang dua (sepuluh duapuluh sen) sudah rasa sangat besar nilainya. Kalau duit itu 'berkarat', akan diletak atas tanah dan di'twist' menggunakan tumit hingga nampak bersih.
Dapat berbelanja lebih dari 20 sen di sekolah, kaya sangat rasanya. Boleh berlagak dengan kawan-kawan.
Sekarang?
Bersepah duit syiling atas lantai pun, anak-anak buat tak nampak. Belanja sekolah setakat seringgit dua ringgit bagai sudah tidak relevan. Apatah lagi kalau sekadar dua tigapuluh sen.
2016 akan muncul beberapa puluh jam sahaja lagi. Sekolah akan mula dibuka. Perbelanjaan untuk anak-anak yang akan melangkah semula atau mula melangkah ke sekolah, bukan sedikit. Jangan cerita suruh berbelanja secara berhemah, suruh beli yang paling murah kerana sehemah mana atau semurah mana pun, duit tidak datang terbang melayang. Ada BR1M? Hmmmm... (jawablah secara jujur diam-diam dalam hati sendiri)
Ibubapa, mulalah berfikir untuk buat lebih dari satu kerja! Kerja maksudnya yang boleh mendatangkan wang. Kerja yang ada gaji atau upah. Dua kerja bermaksud mungkin satu kerja waktu siang sebagai kerani pejabat dan kerja kedua di waktu malam sebagai pengawal keselamatan (sekadar contoh). Jika berani dan yakin, pilihanraya akan datang cuba-cubalah masuk bertanding, mana tahu boleh jadi PEMIMPIN!
saya peduli
BalasPadamhehe
saya simpan mak!
BalasPadamAina ada sekotak besar kat opis nih kalau kat rumah memang lesap jelah anak2 mengulang aiskrim...
BalasPadamSaya masih peduli dengan duit syiling mak. Klo jumpa memang kutip ☺
BalasPadamItu lah kan..... syiling dah mcm xde nilai....
BalasPadamSaya dulu belanja sekolah 30 sen jer... hehehe
Dulu, dapat syiling rasa dah mewah sangat. Sekarang duit syiling bukan tak nak pandang tapi... eemm..
BalasPadamAssalam Kakcik.. mm
BalasPadamemang betul, jumpa duit syiling karat, letak kat tumit.. twist.. haha
Kakak kumpul syiling yg anak buat tak nampak tu kakcik.
BalasPadamBuat dua kerja boleh kalau kudrat ada tapi boleh naik lunyai badan kakcik kalau kerja siang-malam - anak-anak entah apa jadi, alahai...
Di rumah saya,saya jadi tukang kutip dan kumpul syiling.Kalau tidak damailah mereka dilantai tanpa dihirau..
BalasPadamkak cik, jujur ana katakan, duit syiling sebeginilah pernah menjadi penyambung rezeki ana suatu masa dahulu, saat genting ana ke kedai menukarnya dengan wang kertas dan membeli barang dapur.sampai hari ni, ana tetap mengumpul duit syiling ni di dalam kotak .mana tahu satu hari nanti bakal menjadi penyambung rezeki sekali lagi.
BalasPadamSalam kak cik..teman owg kuale..kalo kakcik blk kuale jgn lupa singgah mkn tghari di gerai opposite stesen ketapi kuale..lps traffic lite gerai2 tu sblh kanan..wallah..tempoyok, pecei..sedap bebeno..mmg selera bebeno Yong..plg sedap gerei no 3 dr Kiri..ahad tutup..
BalasPadamkos sara hidup dah semakin memuncak kan kakcik, nampak kecik ja nilai syiling tu, tapi kat umah kami, kutip habis simpan satu balang, then bawak p bank simpan~ guna waktu masa-masa terdesak... syiling sangat bermaknaaaa (T___T)
BalasPadampada hemat saya , kerajaan sekarang masih tetap kekal. jadi, masuk parti kerajaan, peratusan menang adalah tinggi.
BalasPadamtak perlu buat 2-3 kerja...
sya simpan kakcik, suami pun... pastu kalau agak2 dh penuh tabung tuh baru tukar... selalu dpt lah dlm seratus ke 200 lbh... boleh lah kan, tp nk tunggu penuh tu mau 6 bulan ke setahun hehehhe....
BalasPadamyelah zmn skrg nih semua mahal... even sekolah rendah kt kampung pun tak releven duit belanja rm50sen... ns lemak kantin mau udah seringgit sebungkus
Tuh kdg2 bila tak perlu bersepah2 jek.. bila nak tak de langsung.. heheh..
BalasPadam