Kawan-kawan kakcik

Isnin, 14 Disember 2015

Jom ke The Oregano Cafe, Tambun, Perak...

Makcik dah sampai ke sini pada hari pertama ia dibuka...

Warna emas berlatarkan hijau - ringkas dan cantik.

Chef Amer Reazal -
Pemilik The Oregano Cafe.
Jom tengok menu...





Muhammad Qaid Darwish ni ikut sikap nenek yang tak pandai senyum.  Tapi bila senyum, manis woooo... :)

Teh O Pudina Ais dan Teh O Limau Ais

The Oregano Booster  (tengok menu kat atas)

Keluargaku bersama Chef Amer

Seronok Chef Amer dengan kedatangan kami, kan? :)

Untuk menunjukkan sama ada makanannya sedap atau tidak, lihat sahaja gambar-gambar sebelum dan selepas di bawah ini...

Mussels On The Half Shell (RM14.90)

Chicken Fettucine Carbonara (RM10.90)

Crispy Norwegian Salmon (RM33.90)

Black Pepper Steak (RM17.90)

Creme Brulee (yang ini Chef Amer belanja)

Hendak mencari tempat ini, carilah Lost World of Tambun.  Bangunan Cafe ini terletak dalam perjalanan ke arah sana...

...atau telefon sahaja nombor yang tertera sekiranya anda 'hilang punca'
dalam mencari arah...
Chef Amer Reazal sebelum ini adalah Chef di Moon's Kitchen Pandan Indah untuk tempoh lebihkurang 7 tahun.  Kini beliau melangkah setapak ke hadapan dengan membuka restoran makanan baratnya sendiri.  Pelanggan Moon's Kitchen pastinya tahu akan kehebatan Chef Amer dalam menyediakan hidangan baik dari segi rasa mahu pun rupa...

Jadi, kepada yang berkesempatan dan ingin menikmati hidangan masakan barat yang enak dengan harga berpatutan, apa kata anda cuba singgah ke The Oregano Cafe dan nilaikanlah sendiri...

18 ulasan:

  1. Welcome to Tune Hotels, Best Value Hotels. Great Value Great Savings
    http://tunehotels.com/my/en/pages/page/p-247/yearend15hmp-247/yearend15hm
    Good luck & happy stay, all! :)

    BalasPadam
  2. Laju2 scroll ke bawah sebab tak tahan tengok.. hehehe..

    BalasPadam
  3. sekarang ini dah ramai pengusaha Melayu mampu membuka cafe seperti ini...

    BalasPadam
  4. amboi mak..tertelan telan air liur baca entry mak ni!

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah dah ada pengusaha anak bangsa kita yang berani dalam bidang permakanan. Semuga beliau terus berjaya dalam bidang ini.. Mak Long seronok nengok anak-anak muda kita berjaya mampu bersaing dengan bangsa asing ...

    BalasPadam
  6. tudia..... tngok ayaq tu pun dah terliuq dah (^___^)

    BalasPadam
  7. Resto bumiputra? Wahhh hebat deco kedai ni.. nanti boleh terjah

    BalasPadam
  8. suka caption pada gambar nombor 8. ^_^

    BalasPadam
  9. Alahai Kakcik jauhlah... kalau dekat nak juga kakak rasa semuanya kakcik
    Baca resepi dia punya salad pun menggoda sungguh.
    Qaid makan apa agaknya ye:)

    BalasPadam
  10. alamak jauhnya..tkpe nanti jalan sna boleh cuba

    BalasPadam
  11. wow bestnye kakcik..terliur tgk makanan tu..best2..

    BalasPadam
  12. Dekat dengan rumah mertua ni.hurm..hurm..

    BalasPadam
  13. ok. balik ipoh nanti nak cube..nampak sedap

    http://arfahani.blogspot.my/

    BalasPadam
  14. Assalam Kak Chik. Lama tak blog walking. Blog sendiri pun dah setahun tak updet. Lupa paswed Kak Chik. Nampak sangat dah tuanya saya. Seronok jalan-jalan cari makan.

    BalasPadam
  15. Wahhhh KC...parti makanan nampak 2-3 entri ni hihi....
    Tp nasi goreng dlm kupang tu cukup ke KC? Mcm celah gigi mak jee huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana ada nasi goreng dalam kupang OKje? hehehe...

      Padam
  16. iyooo tengok makanan licin tau daaa sedap =) hehe..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com