Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 28 November 2015

Selamat tinggal Delhi, nanti aku datang lagi...

Wajah riang kerana akan pulang bertemu kesayangan yang telah lebih seminggu ditinggalkan...

Dalam senyum tetap berharap agar ini bukan pengembaraan yang terakhir ke negara orang...

InsyaAllah, suatu hari nanti aku akan cuba ambil tempat duduk di Kelas Perniagaan yang tambangnya kadangkala jauh lebih murah dari tambang Kelas Ekonomi.

Selamat tinggal dulu, minggu depan aku datang lagi ya...

Alhamdulillah.  Kami tidak menghadapi masalah lebihan berat bagasi.



Sedihlah kononnya tu...


Selamat tinggal India...


Vegetables Lasagne.  Isi perut dulu sebelum terbang...

Kacak dan cantik model tandas mereka...


Puas tidur, menonton, terjaga dan gelisah dalam penerbangan selama lebih 5 jam...

Mendarat dengan selamat di KLIA2 pada jam 6.00pagi (12/11)
tetapi lebih sejam menunggu bagasi.  Bagaimanapun, beg biru
ini aku bawa ke kabin untuk dijadikan tongkat. Dengan menggunakannya
aku kuatkan langkah menuju ke pintu keluar...
Alhamdulillah.

Apa-apapun syukur ke hadarat Ilahi yang memberi peluang kepadaku meneroka tempat orang di hujung-hujung usia ini.

Terima kasih kepada suami yang memberi keizinan untuk aku berpergian.

Terima kasih kepada kawan-kawan serombongan yang memberikan bantuan saat aku kelelahan.

Terima kasih kepada anak-anak kandungku terutamanya Bangcik yang tak putus-putus mendoakan agar Allah SWT memberikan aku kekuatan dan kesihatan yang baik.

Terima kasih kepada adik-adikku dan keluarga mereka yang mengambilberat tentang suami dan anak-anak yang kutinggalkan sementara.

Terima kasih kepada anda semua yang sudi membaca dan menatap gambar-gambar yang bukan sedikit bilangannya (itu pun tidak sampai separuh yang kusiarkan - hanya gambar-gambar dari rakaman telefon bimbitku, belum lagi gambar yang dikongsi dari rakaman telefon dan kamera rakan serombongan!)

7 ulasan:

  1. Bestnya sekali sekala travel dgn kawan2...

    BalasPadam
  2. Terima kasih juga pada akak yang tak lokek berkongsi memori indah berada ditempat orang..mungkin bagi yang belum berpeluang pergi...melalui gambar yang akak kongsi sedikit sebanyak dapat memuaskan hati..kak kalau ada lagi kongsi ye..suka tengok..best..

    BalasPadam
  3. melihat suasana negara orang sebagai iktibar pada diri sendiri...

    BalasPadam
  4. Seronoknya membaca kisah2 kakcik di negara org...semoga 1 hari dpt juga ke sana.In shaa Allah

    BalasPadam
  5. Alhamdulilah dah selamat pun mendarat ke Malaysia....Sportinglah cik abang KC ni.....
    Sakit sangat ke kaki tu KC? Gout ke apa ?....

    BalasPadam
  6. jom aa travel naik bisnes class mak...! hihihih~

    BalasPadam
  7. Sedihlah kononnya tu Kakcik nak tinggalkan negara orang, ke sedih nak balik ke negara sendiri ni? Hahaha... gurau jerk tau!

    Untunglah Kakcik dipermurahkan rezeki dapat merantau, menjejakkan kaki di negara orang. Luaslah lagi pengalamannya ^_^

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com