Kawan-kawan kakcik

Selasa, 17 November 2015

Kashmir - menikmati keindahan Mughal Garden Achabal...

Selepas singgah di ladang saffron, perjalanan diteruskan lagi. Walaupun jarak dari satu tempat ke satu tempat yang lain tidak sejauh mana, tapi perjalanan mungkin mengambil masa yang lama bergantung kepada kesesakan jalanraya dan 'bentuk' jalan yang sempit serta tidak rata...



Kalau suamiku lihat pisang ini, pasti dia teruja
kerana beliau adalah peminat pisang...

Jom singgah pula di Mughal Garden Achabal...

SubhanAllah...cantiknya daun-daun yang berwarna merah itu...

Meletakkan kereta di hadapan restoran ini sebelum menapak masuk ke taman...

Lina bersama Zubair di kaunter tiket

Jom masuk...

Allah Ya Allah... pandang ke arah mana pun, hanya nampak keindahan.

Bergambar dengan pengunjung tempatan.  Apa yang aku kesalkan,
aku tidak membawa 'satu apa pun' untuk dihadiahkan kepada anak kecil itu.
Walaupun mereka tidak meminta, aku tetap rasa 'berdosa'...

Di belakang itu adalah Iyra dan Nadia...

Kalaulah pokok itu boleh berkata-kata, mungkin dia akan kata :
'Perempuan tua ini dah kenapa?  Tersengih-sengih di sebelah aku'


Tiang ini pula berkata :
'tolonggggg, jangan rebahkan saya!' hehehe

Pandang sahaja pokok-pokok yang cantik itu dan abaikan
perempuan gemuk yang perasan itu...

Belajar selfie di celah pokok bunga...





Pertama kali melihat lelaki berpakaian begini, aku fikirkan mereka tidak punya tangan...

...rupa-rupanya tangan mereka disimpan di dalam jubah yang dipakai kerana kedinginan.  Sesetengah
dari mereka membawa bekas berisi bara api di dalam jubah tersebut bagi memanaskan badan...







Aliran air yang mendamaikan...
Walaupun kami makan di restoran, tapi sebenarnya
makanan ini didatangkan khas dari dapur rumah Zubair.
MasyaAllah, alangkan enaknya ditambah dengan
perut yang memang sudah meminta diisi.

Inilah kenderaan yang membawa kami.

Aku lebih banyak berjalan bersendirian memandangkan keupayaanku yang terbatas. Mengimbangi badan yang berat dengan kaki kanan yang sakit, aku lebih rela membiarkan mereka yang lain bergembira dan aku duduk diam-diam setelah berjalan perlahan-lahan.  Jangan bebankan atau rosakkan kegembiraan orang lain hanya kerana kita 'berbeza'...

12 ulasan:

  1. Salam singgah hari ni bila masa sikit ni. seronoknyer kak cik. tq kongsi pic2 menarik yer

    BalasPadam
  2. Seronoknya kakcik..
    Sejuk mata memandang melihat pic yg cantik dari kakcik..
    Subahanallah.. indah sungguh ciptaan Allah..

    BalasPadam
  3. cantik pokok2 tu memberi sy idea nak kaler buku secret garden.. hehehe

    BalasPadam
  4. Kak Chik..Kashmir memang antara tempat paling cantik wa pernah pergi....memang berbaloi...memang cantik sangat2..rindunyaaa nak g Kashmir lagi...

    BalasPadam
  5. kakchik suka baca dna melihat gambar di dalam catatan kashmir ini. memasang impian untuk ke sana juga suatu hari nanti. sungguh cantik tempatnya

    BalasPadam
  6. bawak bara apai kakchik??peghh!!tak terbakaor ke kat dalam tu??heheh

    BalasPadam
  7. besnya kakcik... duk tengok kat fb ja.... harini baru sempat ziarah di blog (^__^)

    BalasPadam
  8. Cantik sgt kak taman tu..Damai lg dingin segar nampaknya....

    BalasPadam
  9. Salam kakcik,
    cantiknya tempat ni. terima kasih berkongsi cerita.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Kakcik,
    Cantik, indah pemandangan. Benar Kakcik, waktu musim luruh atau musim bunga walau ke mana mata dihalakan pemandangan tidak pernah mengeciwakan. Ciptaan-Nya sangat sempurna dan mendamaikan..
    Kakcik, jangan lupa beli saffon tu.. banyak khasiatnya.

    BalasPadam
  11. takper la mak...dapat tengok mak hepi pun dah cukup dah...cantik2 gambar mak kat sana....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com