Kawan-kawan kakcik

Rabu, 18 November 2015

Kashmir - mencari salji di Pahalgam (Bhg.2)...

Singgah pula di Aru Valley, Pahalgam.  Salji terlihat di sana sini namun masih belum benar-benar berada di hadapan mata...


Sejuk menggigit tulang...

...biarpun sakit kaki membawa badan, kugagahi menyusuri jalan ini...




Tetap ingin bergaya dalam kedinginan,
walaupun kelihatan seperti 'tak kena gaya'...


...akhirnya melihat salji benar-benar di hadapan mata,
tapi tidak teruja untuk memegangnya kerana ia agak kotor...

...menikmati 'pakhora' - lebihkurang seperti
jemput-jemput bawang.  Di restoran yang menjual
pakhora ini aku menumpang solat di sebalik meja makan.
Tidak ada masalah bagiku kerana aku solat menggunakan
kerusi untuk sujud dan duduk antara dua sujud.

Ada kuda untuk disewa bagi yang ingin menunggang.
Zura, Iyra dan Nadia mengambil peluang itu.
Aku kasihankan kuda itu jika terpaksa membawa
beban seberat aku!



Gembiranya  makcik dapat bergambar di hadapan gunung
yang diliputi salji memutih...

Perkampungan yang dingin dan tenang...

Sunyi menghimpit diri...


Ini kuda ke keldai?



Salji di kakilima rumah penduduk...


...dari dalam kereta...

...kalau anda masih sudi membaca dan menatap gambar-gambar, terima kasih diucapkan.  Catatan perjalanan di Kashmir ini belum berakhir lagi...

11 ulasan:

  1. tengok gambar pun rasa macam dah sampai..terimakasih kak cik atas perkongsian ini

    BalasPadam
  2. Nak semakin hampir utk menjejaki salji tu Kakcik..
    Semakin tak sabar pula saya ..
    Untuk melihat kakcik di puncak gunung yg bersalji itu :)

    BalasPadam
  3. Wah!!..cantiknya permandangan kat Aru Valley, Pahalgam ni...dpt lak tgk salji real dpn mata.Syoknyaa!!

    BalasPadam
  4. kak kalau masih ada 100 N3 lagi pun saya tunggu kak...nak tgk scenery2 yg indah ini...tak sabar nak tgk kakcik menjejaki salji tu...

    BalasPadam
  5. bila tengok setiap gambar ni kak...rasa nyaman...entah kenapa..mungkin pemandangannya..terima kasih berkongsi pengalaman kak..

    BalasPadam
  6. jelas nampak kawasan ni sejuk dingin kakcik..tengok atas gunung tu..memutih je salji..cantik nya..

    BalasPadam
  7. ralit mata memandang salji yg meliputi gunung..sungguh mendamaikan..

    BalasPadam
  8. Hihi.....pandai KC buat lawak ek..... Belasah ajelah KC, kena gaya ke tidak janji dpt merakamkan kenangan kat situ. Sekurang kurangnya KC dah sampai, mak ni masih jauh perjalanan nak ke situ hihi.....Sabah pun tak sampai, apatah lagi Kashmir

    BalasPadam
  9. Letak banyak2 pun takpe kakcik.. saya sukakan keindahan yang dipamerkan.. cantik..

    BalasPadam
  10. rasanya semua gambar nak diletakkan ye kak..

    BalasPadam
  11. mak letak jer gambar banyak2..kami semua suka jer nak tgok..dapat tgok gambar pun jadi la..nak pergi ntah bila kan...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com