Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 18 September 2015

Kerana lapar, kanak-kanak terjun dari tingkat dua...



PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang lapar nekad terjun dari balkoni rumah di tingkat dua perumahan penjawat awam di Presint 18 di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian dalam rumah berkunci sejak pagi, mengalami kecederaan di mulut dan gigi.

Jiran kanak-kanak itu yang enggan namanya disiarkan berkata beliau terdengar dentuman kuat dan diikuti tangisan budak di luar rumah, dan terkejut melihat kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bawah blok perumahan tersebut.
“Dia menangis dan minta saya menghubungi ibunya. Apabila ditanya mengapa terjun, dia memberitahu dia takut dan lapar…nak pergi pejabat mama,” katanya yang ditemui di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu berkata kanak-kanak tersebut kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.
Beliau berkata tiada laporan polis dibuat. – BERNAMA

24 ulasan:

  1. Dpn taska ank sy ni..... mak die x hantar pi sekolah ke

    BalasPadam
  2. betul ke sebab dia lapar? 9tahun rasanya dh boleh pk kot, kalo terjun tu ape akibat dia.. sy kalo bab mcm ni, mls nk percaya kabar angin, melainkan btl2 p tanya parents atau bckp sndiri dgn budak tu..mcm2 lah skrg ni..bdk2 advance sgt..berani btl....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik pun terfikir juga. Betulkah sebab lapar?

      Tak ada apa langsung makanan ke?

      Kalau di rumah kakcik ni (setakat ini), anak-anak akan lapar 'atas pilihan sendiri' sebab tak mahu makan apa yang disediakan... :(

      Padam
  3. dia terjun agaknya sebab dia yakin boleh landing dengan selamat... dalam fikiran budak2... anak saya pernah terjun tangga sebab fikir dia boleh landing... akhirnya dapat 5 jahitan...Kesian anak itu... kesian juga pada familinya... agaknya ibunya dah tak ada pilihan lain selain ditinggalkan anaknya... moga urusan ibu tersebut dipermudahkan Allah dan anak tersebut cepat recover.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap kejadian, ada pengajaran dan iktibarnya. InsyaAllah...

      Padam
  4. berani betrul nak terjun..mungkin ada sebab lain kot!

    BalasPadam
  5. Semoga dia tiada mengalami apa2 kecederaan yg serius..tp meninggalkan budak 9 thn seorg diri dirumah mcm tak berapa betul tindakan tu...umur masih kurang mampu berfikir logik...tp kita sendiri tidak tahu apa cerita sebenar..prasangka yg baik2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan segalanya akan baik-baik sahaja...

      Padam
  6. Harapnya tiada lagi berulangnya kes sebegini..

    BalasPadam
  7. sedih mengenangkan..mungkin ade benda lain yang dia takutkan tu...semoga anak berkenaan sihat kembali dan memberi pengajaran pada semua ibu bapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga sebenarnya dia ketakutan...

      Padam
  8. Belum cukup dewasa untuk tinggal sendiri lagi...tapi mungkin ada sebab kena duduk bersendirian agaknya
    alhamdulilah hanya cedera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik terfikir, tiadakah telefon untuk dia menghubungi ibunya?

      Padam
  9. Syukur dia takde apa-apa..
    Mungkin ada sebab yang kita tak tahu kenapa jadi macam tu..
    Moga tidak berulang lagi InsyaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan semuanya akan baik-baik sahaja selepas ini...

      Padam
  10. 9 tahun dah besar tu. Takkan mak dia tak tinggalkan apa2 makanan. Roti dan biskut pun jadilah.

    BalasPadam
  11. Alhamdulilah masih selamat.....kalau tidak, sure menyesal parent dia tinggalkan kat rumah sorang sorang kan KC....Besar besar pun namanya budak....akal lum matang

    BalasPadam
  12. Dah 9 tahun tu tak akanlah sebab lapar dia terjun dari rumahnya? Tak boleh buka pintu ke atau dikunci dalam rumah? Mungkin kot nak cari jalan keluar tapi jatuh pulak! Eh, kalau nak cari mamanya pun takkanlah tak boleh call ke apa yerk. Macam pelik pulak.

    Apa-apa pun asalkan budak ni selamat sudahlah. Risaunya walaupun anak dah besar nak tinggalkan sendirian di rumah!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com