...anak-anakku kian dewasa
Along sudah berumahtangga
Angah sudah bekerja
Bangcik dan Adik ada citarasa berbeza
jadi,
aku biarkan sahaja
mereka pilih apa warna yang mereka suka
asalkan mereka rasa bahagia
aku dan suami ikutkan sahaja
sedangkan bagi kami berdua
kami pakai apa sahaja yang ada
sekarang bukan waktu hendak sesuka hati berbelanja
untung rugi kena diambilkira
jangan ikutkan nafsu yang menggila
kelak jadi muflis selepas hari raya!
ye la kan , anak2 masing2 dah berfamily kan kak
BalasPadamtu laa...ckup syarat jela kn..yg pentg dpt bkumpul sanak saudara...
BalasPadamTema2 ni mmg tak penting dlm family kecil saya kak...ada sama..samalh..tak der tak apa..yg penting sekarang berjimat..kami suami isteri pakai apa yg ada..sudah....yg utama anak2...
BalasPadamTerutama bagi kakitangan kerajaan yang hanya akan jumpa gaji seterusnya hujung bln hadapan,,bijak bijaklah berbelanja..
BalasPadamYe la kak, saya pun pakai je apa yang ada hehe..Dah lama memang takde tema pun hehe
BalasPadamSayakan kak, kalau pakai warna sedondon pun cuma tiga beranak. Bapaknya sentiasa pakai jubah putih aje. Adalah sekali kami pakai warna coklat sedondon tiga beranak, sebelum si Adik lahir. Tahun ni pun saya takda warna sedondon. Dua-dua anak baju Melayu lain warna, Mommynya lagilah... banyakkkk warna ~_^
BalasPadamsaya tahun lepas tak warna sedondon pun..baju saya n anak2 perempuan tak siap ..hehehe..tahun ni pun sama, baju tak siap ..pakai la lain kaler
BalasPadamBetul tu..baju tak bertema pun tetap raya.
BalasPadamtakut lepas raya korek tabung pulak..
assalamualaikum,
BalasPadamrisau lepas raya nanti tak mampu nak tarik nafas ambil nyawa huhuhuhu
Saya tak der tema pon mak. Kalerful suma.
BalasPadambetul tu kak cik...da semakin tua dah x kira da nak tema apa nak pakai apa...janji beraya ;-)
BalasPadam