...hinggakan bila berada dalam kenderaan di atas jalanraya, selagi tidak tiba ke destinasi selagi itulah bagaikan 'hati berada di luar diri'...
Gambar-gambar berikut adalah rakaman oleh En. Suami (aku dan Qaid berada di dalam kereta), sehari sebelum menjelang 1 Syawal 1436 di jalan Ampang - Hulu Langat. Kemalangan ini melibatkan kehilangan nyawa. Sebelum ada yang bertanya, suka aku ingin memberitahu bahawa suamiku telah menelefon pasukan keselamatan yang berkenaan terlebih dahulu sebelum kami meneruskan perjalan dan kemudian berpatah balik ke tempat kejadian dan barulah suamiku merakamkan gambar-gambar ini :
Apakah kita merasakan bahawa kita tidak akan terlibat dengan kemalangan maka kita sesuka hati memandu kereta mengikut apa yang kita rasa?
Itulah yang selalu aku ingatkan kepada suami dan anak-anakku : jangan fikir kemalangan itu hanya akan melibatkan orang lain. Dalam kita berhati-hati pun, kerana kesilapan orang lain kita mungkin sahaja akan terlibat sama. Jangan lupa berdoa dan terus berhati-hati...
Betul Kak..ini semua ttg sikap pemanduan...kita dah cukup berhati hati sedangkan ada segelintirnya yg tidak berfikiran seperti kita...yg lebih sedih bila yg berhati hati dan berhemah tu yg menjadi mangsa...
BalasPadamermmmmmm kita semua kena berubah kan
BalasPadamtu la , kdg2 kita dh ati2 tp kalo dh nk kena...tkleh nk elak gk kn..smoga kita smua dijauhkan
BalasPadam**ketupat daun palas tksempat bw blk kl pn
selamat hari raya kak
BalasPadamkita beringat , orang lain pulak yang gelojoh
Salam Kak cik..selamat hari raya...mmg sepjg syawal hari ni..ada jer berita kemalangan yg mengerikn.Kdg2 kita dah okey bawak tp ada plk yg 'rajin' nak menyondol dari blkg...
BalasPadamTp kpd pemandu2 berharti3 la drive...
Saya kemalangan massa puasa. Kereta di langgar motor. Kata polis, salah saya sebab keluar simpang tak hati hati...
BalasPadamRaya pula di katil hospital. Apapun, saya tetap syukur sebab maasih ok. ada pesakit baru masuk, kena stroke pada raya ke 2...
Bertabahlah pada semua mangsa.. dan moga kita semua berada di bawah lindunganNYA dalam melakukan rutin harian..
BalasPadamtakutkan mak...kadang2 kt berhati2...org lain plak cam pelesit
BalasPadamitulah kan kakcik, ngeri tgk dalam pada dah berhati2 tapi masih juga ada berlaku kemalangan yang sememangnya tak diingini
BalasPadamJika berani baling kek kat muka njb, insyallah pnjg umur
BalasPadamPdrm je yg tngkp pun. Bkn malaikat maut :D
Betul tu, kak. Kalau nak ke mana-mana, memang risau betul memikirkan hal macam ni. Kadang tu kita memang berhati-hati tapi disebabkan kecuaian orang lain, kita pun mungkin terbabit malang sama. Mungkin pada mereka yang suka memandu laju ni prinsip 'mati hanya sekali' itu yang digunapakai. Sebab itu mereka tak takut. Tapi kena juga tau, sebab kecuaian mereka, mungkin ada orang lain yang jadi mangsa. Kasihanilah keluarga yang menjadi mangsa kecuaian pemandu yang tak berakal macam ni!
BalasPadam