Kawan-kawan kakcik

Rabu, 22 Julai 2015

Resepi rendang ayam yang sangat ringkas dan mudah...


Nak makan rendang, tak semestinya kena tunggu hari raya atau hari-hari tertentu sahaja, kan?  Tapi zaman kanak-kanakku dulu, rendang ini boleh dianggap hidangan yang agak 'mewah'.  Iyalah, hidup dalam serba kekurangan dan miskin, mana mampu hendak membeli ayam.  Kalau ada pun, hanya ayam kampung yang ibubapaku pelihara sendiri...

Baiklah, berbalik kepada resepi rendang ayam caraku sendiri (pastinya sedikit sebanyak aku warisi dari Allahyarham ibuku)...

Bahan-bahannya :

Seekor ayam dipotong ikut suka tapi janganlah besar sangat dan dicuci bersih
10 biji bawang merah*
15 tangkai cili kering (kalau suka pedas boleh lebihkan)*
2 inci halia (agak-agaklah, tak perlu guna pembaris)*
2 batang serai (ambil kira-kira 2 inci bermula dari bahagian yang 'bunting')*
(kalau suka boleh juga letak seinci lengkuas - tapi aku tak suka)
2 sudu besar kerisik
1kg santan pekat (aku memang suka guna banyak santan - biar lemak)
6 keping asam gelugur (asam gelugur tu asam keping la kalau tak tahu)
Garam secukup rasa
Satu / Dua helai daun kunyit dihiris halus


Cara-caranya :

Semua bahan yang bertanda * dikisar halus.  Tapi ada juga yang tak suka serai itu dikisar, sebaliknya hanya diketuk dan dimasukkan ke dalam rendang.  Sebab aku 'kurang rajin', jadi semuanya aku kisar sahaja.

Masukkan ayam ke dalam kuali (letak kuali di atas dapur yang telah dinyalakan apinya.  Kalau tidak macam mana nak memasak, kan?)

Curahkan bahan-bahan yang telah dikisar ke atas ayam

Masukkan kerisik dan asam keping.

Gaul semua bahan dalam kuali itu dengan menggunakan sudip agar tidak melekat. 

Bila sudah digaul sebati, masukkan santan dan kecilkan api dapur.

Sesekali balik-balikkan rendang itu supaya ia masak sekata dan tidak melekat di kuali.

Agak-agak santan sudah mula pekat/kering, masukkan garam.

Sesuaikan rasa mengikut kata tekak.

Kalau hendak kering, masaklah sehingga kering.

Kalau hendak berkuah, tak perlu tunggu hingga kering.

Sebelum api dipadamkan, masukkan daun  kunyit yang telah dihiris halus ke dalam rendang untuk 'membangkitkan' keharumannya...


16 ulasan:

  1. Senangnya mak....SA macam2 ada..kunyit hidup tu kemestian...suka pedas baru sedap...

    BalasPadam
  2. sama kakcik. resepi mak. tinggal sy jgk letak lengkuas+kunyit hidup. kalau rendang stail lain sy tak reti. rendang tok ke rendang opah ke sy tak reti. Yg sy reti mcm resepi kakcik ni jer.. senang sangat..

    BalasPadam
  3. tiba2 perut berkeroncong......tqsm 4 sharing,

    BalasPadam
  4. teman pon tak gemor lengkueh..
    mekasih ye sudi mengongsi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ghendang oghang Peghok... mike pun mesti pandei mbuatnye...

      Padam
    2. udah lame juge idok meghendang.. ni udah balik semangatnye heheheeee

      Padam
  5. Oh, Kakcik! Tetiba terbaca entri ni! Saya tak pernah merendang tau. Rasa macam susah jerk, macam berjam-jam jerk kerjanya. Nampak resepi Kakcik ni macam mudah aje. Nak tukar kepada rendang daginglah. Tetiba 'kurasa teringin' nak merendang!

    BalasPadam
  6. tq share resipi..tgh masak sambil tengok resipi sini...

    BalasPadam
  7. sedapnye resepi ni..bole cuba buat ni..:-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com