...mungkin mereka akan menangis tersedu-sedu
'kenapakah begini sekali nasibmu anakku
kembalilah kamu meneruskan hidup bersamaku'
Sewaktu aku dapat kerja dulu
betapa bangga kedua orang tuaku
tertera tawaran gaji beribu
'pasti nanti berubah nasibmu anakku'
ke tengah kota anakmu melangkah
masuk ke pejabat dengan perasaan megah
bagai terlepas segala penat lelah
setelah bertahun belajar dan otak diperah
kiranya ini hanya mimpi yang indah
dugaan pertama sebaik mendapat 'upah'
kusisih-sisih untuk semua keperluan termasuk sewa rumah
yang tinggal tak cukup nak hantar kepada mak dan ayah
keluhanku diperhati kawan sebelah
dengan nada enak dia mengajak agar nasib diubah
ditayang kepadaku hidupnya yang konon mewah
katanya hasil perniagaan yang cukup mudah
tergoda dengannya aku pun ingin mencuba
kelaburkan sedikit yuran 'seumur hidup' katanya
tapi akhirnya aku terpinga-pinga
tanpa bimbingan aku hendak berniaga bagaimana?
lalu aku kembali ke jalan asal
bekerja dan bekerja jangan cari pasal
syukur dan syukur itulah cogankata yang dibekal
hingga kadangkala aku rasa tak lebih dari sibebal
sewa rumah makan minum
tambang pergi balik kucatu seminimum
pakaian harian kupakai berulang-ulang
segala hiburan takku beri ruang
makin hari kian menghimpit
harga barang keperluan membuatkan kutersepit
kenaikan kenaikan yang bukan sedikit
lalu jiwa ini sakit sedikit demi sedikit...
Syukur kerana masih ada makanan dan tak perlu menyelongkar tong sampah demi untuk mengalas perut. |
mendalam maksud k.cik tu ........
BalasPadamada 2 3 yg bermain di minda sy
Apa agaknya yang eima fikirkan tu? :)
Padamsalam ramadhan
BalasPadamsory bznya hr nie
Realiti sebuah kehidupan walau beribu pendapatan diperoleh belum menjamin semua keperluan dapat dinikmati. Apa pun bersyukur tak menadah tangan mohon simpati.
BalasPadamBanyaknya biskut rendam kakcik:)
4 keping je tu - dipatah2kan... :)
PadamMensyukuri setiap nikmat..dalam ketika yang sama berusaha untuk terus perbaiki ruang kosong yang ada..
BalasPadamSyukur alhamdulillah dengan setiap rezki yg ada, hiduplah mengikut kemampuan agar hidup kita tenang.
BalasPadamKalu boleh berpencen, saya pun nak pencen mcm Kakcik tapi duit kena ada selalu. hahahaha!
BalasPadamBegitulah kehidupan Kakcik. Kalau ditoleh ke belakang, banyak yang ingin diperbaiki tapi apakan daya, masa bukan boleh dianjak ke belakang semula. Makanya teruslah kita maju ke depan walaupun semakin hari, semakin terasa sempit.
BalasPadamnasib rakyat marhaen..
BalasPadamassalamualaikum,
BalasPadamsemakin ramai hidup kian terjepit terhimpit
istilah selesa kian menjauh, apalagi nak bersenang lenang huhuhuhu
akak, saya dtg:)
BalasPadamhuhuhu makin maju dunia konon nyer lah makin terhimpit rasanyer kakcik
BalasPadamhanya sabar bekalan kita
BalasPadamkerja dapat gaji bayar keperluan tinggal baki untuk sara hidup seharian..itulah kitaran makan gaji kan kak cik .
BalasPadamSaya suka makan biskut dengan Ali Tea. Antaranya biskut Jacobs walaupun sebenarnya tak sesedap biskut HS cap ping pong...
BalasPadammmmm sukar juga saya nak faham bahasa seperti ini. tetapi wang kepada ibubapa apabila dapat gaji jangan dilupakan....ada berkat didalamnya
BalasPadam