Alhamdulillah, hari ini sudah 10 Ramadhan 1436H. Sekejapan sahaja kan? Terlalu pantas masa berlalu.
Beberapa hari kebekangan ini, aku kehilangan selera makan. Cuba makan nasi, tapi bagai tersekat di tekak. Tak boleh hendak dipaksa-paksa. En Suami seboleh mungkin suruh aku makan kerana dia bimbang aku akan jadi tidak berdaya di siang hari walaupun aku sudah tidak bekerja di pejabat lagi.
Aku membuat percubaan sendiri. Sewaktu berbuka, aku minum teh O suam yang di dalamnya aku rendam dengan sebutir kurma. Sewaktu bersahur pula aku masukkan sebutir atau dua kurma ke dalam milo panas yang kuminum. Eh...kurma-kurma itu tidak aku buang. Sebaliknya aku makan bila teh O atau milo habis kuminum. Setakat ini, Alhamdulillah, aku tidak merasa lapar atau dahaga bila berpuasa. Badan juga tidak letih. Cuma memanglah, dah tak ada apa hendak dibuat, pantang terluang aku akan tidur! Tidaklah tidur sepanjang siang. Cuma sekejap-sekejap sahaja...
Beginilah rupa kurma yang aku makan. Gambar dari : gilerkentang.com |
sahur mmg makan kurma..xmakan lain dah. kalau berbuka nampak air ja.. kurma kat sebalah xnampak lagi.hehe
BalasPadamnak cuba tips yang kak cik bagi...manalah tahu serasi dengan yan..insyallah:-))
BalasPadamBetul kak..PC pernah buat..PC rendam kurma + kismis dalam air milo..hihi..tahan lapar..perut kurang pedih..
BalasPadamMemang betul kak, baru ni saya pun try. Tapi saya minum susu dengan kurma. Allahuakbar memang tahan lapar walau seharian kan. tapi kalau sahur nasi, pkul 12-1 dah mula perut lapar
BalasPadamtadi saya try cara akak ini...memang best...gi teraweh rasa cergas jer...bagus bagi mereka yang tak suka nak makan kurma begitu saja.
BalasPadamBaru makcik baca semalam pasal minum rendaman kurma atau kismis ni ( macam dok minum detox water lemon timun sbg tu)
BalasPadamBoleh la cuba mcm kakcik buat, rendam dgn teh o. Tq
saya jenis tak lalu makan masa bersahur..cuma minum segelas minuman panas bersama beberapa biji kurma..alhmadulillah boleh bertahan sepanjang hari..
BalasPadamsaya suka makan kurma jenama Rahim from YUTA....
BalasPadamsamalah KY pun tak berapa selera makan..terutamanya nasi, makan yg rencam2 jer..tamar memang tak tinggal..
BalasPadamada ustaz cakap jangan berbuka dengan kurma terus...berbuka dengan tamar dahulu...sebab kurma ada banyak kurma ada kurma ayam kurma lembu kurma kambing...kikiki gurau2 kak jangan marah...selamat berpuasa kak... ;-p
BalasPadammakan kurma jugak...sebelum makan nasi...hehe
BalasPadamDah seminggu saya tak makan nasi waktu sahur.. cuma alas perut dengan air suam dan kurma.. tapi hidangan untuk anak2 tetap saya sediakan.
BalasPadamBetul tu, kakcik. Kurma ni memang mengenyangkan betul. Kali ni berpuasa, saya langsung tak rasa lapar. Sahur pun makan kurma dengan minum air Milo. Nak makan berat-berat masa sahur memang dah tak lalu.
BalasPadam