Satu tengahari.
Di kedai makan.
Sembang-sembang santai.
Dia hanya seorang lelaki tua berusia 60an.
Berpakaian biasa - kemeja lengan pendek dan seluar panjang.
Dia hanya bersekolah setakat Darjah 6.
Banyak kerja yang berkaitan dengan perniagaan dia buat (tidak termasuk MLM).
Dia buat tempe dan jual. Dia juga berniaga makanan di gerai.
Sekarang dia berniaga di bidang yang lain. Pendapatan bersihnya mencecah antara RM5K ke RM10K SEHARI.
Dia tidak menayangkan kekayaan atau kemewahan di mana-mana termasuklah media sosial. Tak perlu menghebahkan dia membeli kereta secara tunai atau sebagainya.
Katanya 'kita sediakan jalan untuk anak-anak. Terpulang bagaimana mereka hendak mencantikkan jalan itu untuk sampai ke taman yang penuh bunga'.
Selesai makan, beliau meminta pekerja membungkus makanan (lauk pauk) yang tidak habis. 'Dalam makanan ini ada keberkatan. Jangan membazir' katanya....
Sangat ringkas orangnya tapi ramai yang menumpang rezeki melaluinya dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa.
bukan sengaja aku tidak menghabiskan
lauk itu tapi hanyirnya sangat terasa...
wow
BalasPadamalhamdulillah..masih ada jutawan yg macam ni..semoga hartanya diberkati..
BalasPadamSalam Ramadhan buat KakCik..:)
Baguslah kalau kaya-raya tapi bersikap low profile macam ni. Tak payah nak sibuk hebah sana-sini apa yang dibeli dan dibuat. Sungguh tak sangka masih lagi ada manusia seperti ini. Kalau semua jutawan begini, aman dan mewahlah dunia :)
BalasPadamBudaya tapau perlu agar leh makan tok sahur lak :D
BalasPadamxramai jutawan yg merendah diri kakcik... kebanyakannya dongak menongkat langit
BalasPadamMesti hebat orangnya. Dia berniaga di gerai sahaja ker Kakcik?
BalasPadamSekarang beliau mempunyai beberapa buah kedai dan gudang. ..
PadamKalau disebut namanya pun tiada yang kenal kecuali mereka yang rapat dan biasa berurusan dengannya...
BalasPadamSeronok bila mendengar cerita kejayaan orangkan KC.....Nampak mudahnya mereka berjaya, tp mungkin kita tak tau masa depa susah dulu.
BalasPadamTerkesan sungguh
BalasPadam