Kawan-kawan kakcik

Rabu, 24 Jun 2015

Sebak hatiku...

entah...

tiba-tiba sahaja aku rasa begitu

hinggakan terhenti bacaanku

Ya Allah...

ampunkan mereka

janganlah kerana hatiku yang luka

tidak tenang jadinya hidup mereka

mereka tak tahu apa-apa

mungkin mereka rasa mereka sudah cukup 'gagah'

lalu orang lain semuanya kelihatan salah

dan mangsanya hatiku yang terbelah-belah...

Ampunkan mereka Ya Allah

tenangkan hatiku Ya Allah

segalanya padaMu kembali aku berserah.


Sekejap sahaja hari ini sudah 7 Ramadhan 1436H - bila-bila masa sahaja nafas akan terhenti. Sepanjang hidup, kita tak lepas dari melakukan dosa.  Allah yang Maha Pengampun memberi kita peluang dan peringatan.  Namun kerana angkuhnya kita, kita anggap peringatan itu hanya bagai kitaran hidup yang biasa, lalu kita pun terus menjadi pendosa yang marah bila ditunjukkan jalan yang benar...  AllahhuAkbar!


Doa hari ke 7 Ramadhan...

"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

14 ulasan:

  1. Semakin kita dipanjat usia makin mudah benar hati terasa kakcik - kakak pun sama. Moga ramadhan ini memberi sedikit ketabahan dlm mengharungi ujian yg melanda.

    BalasPadam
  2. Adakalanya memang hati mudah tersentuh tanpa perlu apa-apa alasan. Mungkin juga betul kata Kakzakie, semakin meningkat usia, semakin mudah terasa hati.

    BalasPadam
  3. semoga sama2 muhasabah diri..InsyaaAllah..

    BalasPadam
  4. Amen..moga Allah kuatkan hati hati kita..

    BalasPadam
  5. amin ya rabbal alamin.. kejap je puasa kan..

    BalasPadam
  6. Moga rutin harian kita semua dipermudahkanNYA..

    BalasPadam
  7. Masuk sabun lifebuoy pulak dalam mata.....ishhhhhh....

    BalasPadam
  8. Sedihnya bc nukilan kakcik...betul tu entahkan smpt entahkan tidak kita ni nnt...alin doakan kakcik diberi kesihatan yg baik selalu. Amin

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com