...bila pulang ke hotel pada waktu malam, ada yang mengambil keputusan untuk terus 'meneroka' kawasan sekitar Legian Street hingga ke Hard Rock Cafe. Akibatnya ada yang terpaksa memohon bantuan pihak hotel membukakan pintu bilik gara-gara isteri yang ditinggalkan tertidur mati akibat kepenatan setelah berjalan di waktu siang!
Aku juga tidak ke mana-mana di waktu malam kerana lutut kananku yang sakit membataskan pergerakanku...
Baiklah...mari kita terus melawat kawasan di hari berikutnya...
Kami dibawa singgah di sini - Cening Bagus. Sessi berlagak bagaikan jutawan dan mengempiskan dompet pun bermula. Bagiku, selepas membuat perbandingan harga, berbelanja di sini lebih berbaloi dari di Krisna. Mungkin sebab aku hanya membandingkan harga satu dua barang yang memang aku perlukan... |
Kemudian singgah di perusahaan perak dan emas ini. Memang kalau masuk ke tempat sebegini, aku hanya akan meninjau-ninjau tanpa ada niat pun hendak membeli. |
Singgah makan di Rumah Makan Ulam-Ulam. Sangat nyaman dan menenangkan tempat ini. Berada dalam suasana kehijauan dan tenang. Seperti biasa, alunan muzik bali mengiringi suasana. |
Perjalanan diteruskan ke Bali Culture Centre, Ubud. Di sini kami disambut meriah. Dihidangkan dengan minuman ringan dan kuih serta tarian tradisional. Dibawa juga melawat demonstrasi membuat minyak kelapa dan persembahan wayang kulit. Keluar dari sini, kami bertujuan mencari masjid untuk solat. Disebabkan masjid yang akan dituju berlainan dengan jalan menuju tempat lawatan seterusnya, pemandu merangkap 'pengurus pelancongan' kami, Mas Bolong atau Guruh Ilyas Husodo (beliau seorang Muslim), meminta satu ruang di BCC ini dibersihkan untuk kami menunaikan solat. Alhamdulillah |
Destinasi seterusnya adalah sawah bertingkat di Ubud. Kami tidak begitu lama di sini kerana hari sudah semakin petang. Ada tiga peringkat padi sewaktu kami tiba. Padi yang sudah dituai, padi yang masih menguning dan padi yang baru disemai. Ramai juga pelancong dari barat berkunjung ke sini. Bersama denganku itu adalah Mbak Wayan (wayan bermakna sulung atau Along)yang menjadi pemandu pelancong kami untuk 2 hari. |
Perjalanan kami untuk hari ini berakhir dengan makan malam di tepian pantai. New Furama. Makan bertemankan cahaya bulan, cahaya lilin dan desiran ombak. Sebenarnya makan di sini menambahkan sakit lutut kananku kerana aku terpaksa menahan dan mengimbangi berat badan dalam keadaan kerusi terbenam ke dalam pasir dan kedudukan yang tidak seimbang berikutan pantai yang landai tidak sekata... |
...bersambung lagi...
Kak..seronoknya..yang penting dalam pada berseronok..ibadat tidak diabaikan..itu lebih menyeronokkan bila ada yang perihatin..yang ulam ulam tu..pecah liur tengok kak..tempe tu..
BalasPadamAlhamdulillah.. perjalanan dipermudahkanNYA..
BalasPadamNama pantai dia macam berada di Jepun. ^_^
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik,
BalasPadamMak Long tidak pernah ke Bali. Cantik dan menarik rupanya di sana. Suka nengok pakaian kebaya dan penanaman padi bukit. Terima kasih kerana berkongsi pengelaman.
BERNAMA - AirAsia Bantu Angkut Barang Bantuan Mangsa Gempa Ke Kota Kinabalu - http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1141912
BalasPadamAirAsia juga membantu pemulihan di Bali, Indonesia selepas pengeboman pengganas pada 2005 dengan menawarkan 12,000 tempat duduk percuma dalam penerbangannya.
Itinerari Kakcik di Bali ni nampak seronok sangat. Jalan-jalan dan makan-makan pun macam best aje. Untunglah ada peluang ke sana. Selagi terdaya, berjalan ajelahkan Kakcik. Rugi kalau dah ada peluang tapi tak diambil.
BalasPadamNice story of visiting Bali
BalasPadamLiburan ke Bali memang menjadi pilihan terbaik untuk merefresh kembali semangat.
Rencanakan liburan menyenangkan tanpa ribet kendaraan dengan sewa mobil murah di Bali
Info lebih lanjut hubungi 0811831923 Rentcar Bravia