Kawan-kawan kakcik

Ahad, 5 April 2015

Helikopter terhempas ...

...antara mangsa yang dikenalpasti adalah Tan Sri Jamaluddin Jarjis...

Innalillahhiwainnailaihirojiun...

GAMBAR kenangan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (duduk, dua dari kanan) ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang hari ini.

SEMENYIH: Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis adalah antara orang kenamaan yang berada dalam helikopter yang terhempas di sini petang tadi.
Perkara ini disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Gambar dan berita dari sini : http://www.bharian.com.my/node/45316

Identiti mangsa :

Kuala Lumpur: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan identiti enam mangsa nahas helikopter yang terhempas di Semenyih, dekat sini, petang tadi.

Semua mereka disahkan iaitu ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis, pengawal peribadinya, Razakan Seran, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri azlin Alias, Datuk Tan Huat Seang, juruterbang, Kapten Clifford William Fourniar dan pembantu operasinya, Aidana Baizieva.

Menurut Liow, helikopter itu milik IGB Corporation dan diuruskan Cempaka Aviation.

8 ulasan:

  1. Al Fatihah...

    Aduhaiii sudah berlarutan kapal terbang nahas di Malaysia

    BalasPadam
  2. al faatihah semoga roh-roh mereka di cucuri rahmat aameen

    BalasPadam
  3. Alfatihah!

    Saya tak mengikuti berita hari Sabtu lepas sebab asyik di luar rumah. Keesokan harinya barulah kakak cerita. Dengar dia kata 'Jarjit'. Puaslah saya dok fikir siapalah si Jarjit ni. Rupanya JJ...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com