Kawan-kawan kakcik

Isnin, 2 Mac 2015

Untuk marhaen seperti aku...

Dapat makan seringkas ini, sudah sangat bersyukur.
Kalau ada lebihan wang, dapat makan di restoran atau
hotel dengan bayaran di bawah RM200.00, bangganya
bukan main.  Kerana itulah, bila mendengar ada orang
boleh menghabiskan RM500.00 untuk menempah
sepasang baju kurung (upah tempahan baju kurungku
tak sampai pun RM50.00 sepasang) atau membayar
lebih RM1,000.00 untuk mendandan rambut (upah
gunting rambutku tak sampai pun RM20.00.  Harga
tudung kepala pun di bawah RM30.00), alangkah
ruginya aku rasa. AllahhuAkbar... Ya Allah,
jangan jadikan aku dari kalangan orang yang
membazir atau berbelanja di jalan yang tidak Kau redhoi...

Sesekali dapat bercuti ke luar negeri dengan belanja
sendiri, syukurnya tidak terperi.  Rasa macam orang
lain tidak seberuntung diriku dapat melancong walaupun
belanjanya tidak seberapa (gambar di atas hiasan
semata-mata - aku belum hendak ke mana-mana lagi).
Sebenarnya orang lain sudah pun mengelilingi dunia
di awal usia, sedangkan aku baru hendak 'celik mata'
di hujung usia.  Begitulah menjadi marhaen yang serba
tiada.  Bangga yang tak kena tempatnya. Tidak mengapa
kerana Allah sentiasa ada.  Dia bagi apa yang kita perlu,
bukan apa yang kita mahu.  Senang itu ujian, susah juga
ujian.  Maka bagaimana kita menangani ujian itu yang
akan membawa kita sama ada ke arah syurga atau neraka...

18 ulasan:

  1. Byk lg yg kita syukuri menjadi insan marhaen ni..
    Tak kalut nak belanja lebih semata2 nak menunjuk2...
    Walhal segala pembaziran kita itu akan di tanya di akhirat kelak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar tu. Kita ingat kita sudah cukup bangga di mata manusia, rupa-rupanya di sisi Allah, tiada nilainya... AllahhuAkbar!

      Padam
  2. Bersyukur dgn apa yg ada ye kakcik.. asalkan hidup kita bahagia..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah mak..walaupun terlambat sikit je tapi dapat jugak jalan kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah.

      Mudah2an harapan dan impian ayah dan mak untuk ke satu tempat yang jadi idaman semua Muslim pada tahun ini dimakbulkan oleh Allah SWT...

      Padam
  4. Sy pun bersyukur dgn ape yg ada ..selagi boleh berjimat sy berjimat......

    BalasPadam
  5. ni dh ckp lengkap dh ni kakcik, ye kalu dana upah baju rm50 pun dh rasa mahai.... kalu rm500 selai, baju kawin gamak nyer heheh

    BalasPadam
  6. alhamdulillah...bersyukur dgn apa yg kita nikmati..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah kakcik...kita ukur baju dibadan kita sendiri kan kak ..tak kiralah nak berbelanja..nak makan minum ...nak bercuti ker.....

    BalasPadam
  8. Bersyukurlah walau hidup serba kekurangan. Potong rambut pon free sbb en somi yg tolong potongkan...hehehe...

    Sedap lauk tu mak even ringkas.

    BalasPadam
  9. berjimat tu amalan yang baik..teruskan kak :)

    BalasPadam
  10. Kakcik, saya ngeri juga dengar upah gunting rambut pun sampai ribu riban.

    BalasPadam
  11. hidup besederhana lebih baik dari biar papa asal bergaya...

    wah nampaknya ke edon pulak kali nie..selamat pergi dan balik hendaknya..amin
    .

    BalasPadam
  12. alhamdulilah Allah bagi rezeki untuk menikmati sisa sisa hidup yang berbaki..

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, syukur! Sekurang-kurangnya kita masih dapat merasa perkara yang sama. Tak dapat upah baju RM500, dapat bayar yang RM50 pun takpa. Janji ada juga baju baru. Tak dapat makan di restoran mewah, dapat makan di gerai sekali-sekala pun takpa.

    Bagi saya, tak perlu nak membandingkan diri dengan orang lain terutama yang lebih daripada kita. Kerana itu penyebab kita menjadi seorang yang tidak mensyukuri dengan nikmat yang Allah beri.

    BalasPadam
  14. KC .....samalah kita, okje pun Marhean juga hihi...tapi rasanya okje lagilah marhaen, jangan kata Beijing, Sabab Sarawak pun tak sampai lagi...huhu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com