Menonton persembahan di segmen kedua kumpulan ZERO dari Sabah ini, aku tidak ketawa sebaliknya mengalirkan airmata kerana kisahnya kisah yang dekat di hati ini. Tentang kasih sayang adik beradik dan kerinduan mereka terhadap ayah yang telah tiada...
...dan aku ingin bermadah seloka ...
ZERO
dari tiada apa-apa
kini telah menjadi juara
semoga kalian tidak akan alpa
kerana kehidupan kalian akan berubah rupa
kalau dulu tiada yang ingin menyapa
kini kalian mungkin di'kejar' di mana-mana
kalau dulu tiada yang ingin mengaku saudara
jangan pelik tiba-tiba ramai yang ada pertalian darah kononnya
kemenangan ini anugerah Tuhan
juga sebagai ujian buat kalian
kalau sebelum ini hanya bergelut sebagai nelayan
kini pandai-pandailah aturkan jalan kehidupan
jangan silau dengan sinaran
jangan terpukau dengan kilauan
jangan tersilap memilih persimpangan
jangan abaikan perintah Tuhan
selalunya sinar tak akan bertahan
dalam gelap pekat ia tak kelihatan
jadi bersedialah dengan panduan
agar jalan kalian terus ke hadapan...
tahniah zero..tak tengok mlm...rumah tak ada astro :-))
BalasPadambest kan...
BalasPadamMoga mereka terus kuat dalam berhadapan apa jua rintangan dan dugaan..
BalasPadamTahniah buat Zero dan semua..
Z xpernah tgk maharaja lawak ni tapi pg2 tgk status ttg kempulan ZERO...ramai buat status yg syahdu......moga mrk xlupa asal usul bila dh brjaya kelak.
BalasPadamHarap2 ada pelawak kita yg boleh sampai ke tahap dunia seperti Mr Bean atau Carlie Chaplin dan tak terikut2 dengan lawak slapstik yg menjadi tema lawak org Malaysia sejak dulu...
BalasPadamSaya tak tengok final malam tu.. huhu
BalasPadamMmg layak pun depa menang.....persembahan mereka mmg lain dari yg lain. Okje nangis KC hihi.....dasar cembeng!
BalasPadamTak mengikuti perkembangan MLM ni sejak dari dulu sebab tak melanggani channel. Rupanya mereka nelayan sebelum ni. Semoga niat menceburkan diri dalam bidang yang dipilih akan terus diingati walaupun selepas dilimpahi kepopularan mengejut.
BalasPadam