Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 9 Januari 2015

Temerloh - Bandar Ikan Patin...

...berada di sini pada hari ini.  Bukan menjadi sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir tapi mengikut suami di Majlis Pelancaran Pasar Tani Pasca Banjir...

Lihatlah huruf-huruf yang telah tinggal separuh itu. Bayangkan
betapa hebatnya amukan air yang hampir menenggelamkan
kawasan sekitar Sungai Pahang ini...
Mudah-mudahan Pasar Tani ini benar-benar
memberi manfaat kepada rakyat...

25 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih Idzwa.

      Mak dah selamat sampai kat rumah jam 9.30 malam... Alhamdulillah. :)

      Padam
  2. semoga dipermudahkan urusan kakcik..:)

    BalasPadam
  3. Dengar cerita harga barang basah melambung naik selepas banjir. kat sana, betul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...masa kami pergi tak jumpa dengan harga yang melambung itu, mungkin sebab 'tak rata' kami berjalan... :)

      Padam
  4. sayur sayuran semua ambik dari mana tu? mesti kawasan sekitar sayuran nya rosak tenggelam air banjir kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak banyak sayur-sayuran hijau yang dijual.

      Pasar Tani ini diuruskan oleh FAMA, mungkin bekalan dibawa dari kawasan yang tidak terlibat dengan banjir... :)

      Padam
  5. ikan patin masak tempoyak sedapkan kakcik..tapi tu la..ikan patin mahal..tak sanggup nak beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tadi kami (berlima) makan nasi putih dengan dua ketul ikan patin (bahagian kepala dan ekor yang agak besar). Memang tak mahu ambil gambar sebab takut dituduh riak 'makan ikan mahal'. Masing2 ambil nasi putih bersama sayur dan minuman - sirap/teh/air limau - dan memang kami sangat terkejut bila terima bil.

      Tahu berapa yang kami kena bayar?

      RM40.00 sahaja...

      Alhamdulillah... :)

      Padam
  6. ati2 dalam perjalanan kakcik..musim hujan nie..mudahan dipermudahkan urusannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Yan...

      kami dah selamat balik ke rumah... :)

      Padam
  7. Hati2 mak and ayah...semoga dipermudahkan semua urusan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SA...

      Alhamdulillah. Mak dan ayah dah sampai ke rumah... :)

      Padam
  8. Berhati hati ye..moga lancar segala urusan..

    BalasPadam
  9. Mesti ikan patinya mahal sebab dah susah nak dapat bekalan.. apapun semoga urusan kakcik dipermudahkan insha Allah..

    BalasPadam
  10. Separuh ditenggelami air banjir tanda nama Temerloh tu Kak Cik... pernah ke sini sekali, memang bandar di tepian sungai kan :)

    BalasPadam
  11. Semoga dimudahkan urusan akan di sana. Dah rosak tanda nama Temerloh tu. Nanti lepas ni kena baiki balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...semua urusan telah dipermudahkanNya... :)

      Padam
  12. Balasan
    1. Sempat...cuma rasanya 'kurang' sikit...mungkin tak cukup bahan selepas banjir... :)

      Padam
  13. Oh, ikut suami rupanya! Kalau baca terbalik macam ni memang 'terlebih faham' kadang-kadang :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com